Filem ‘Frozen 2’ Didakwa Lebih Baik Dan Berkualiti

Berita gembira buat peminat filem animasi muzikal yang dihasilkan Walt Disney iaitu ‘Frozen’ kerana menurut khabar angin pihak Disney telah memulakan pembuatan untuk sekuel filem hit itu.

Itu disahkan sendiri oleh pelakon, Kristen Bell sewaktu menjadi tetamu jemputan rancangan ‘The Ellen DeGeneres Show’dimana dia mendedahkan yang dia telah mula melakukan sesi rakaman suara sebagai Anna yang juga merupakan adik kepada watak utama, Elsa.

Malah, dalam temubual itu juga, Kristen telah mendedahkan sedikit maklumat mengenai filem sekuel animasi kegemaran ramai itu dengan mengatakan yang filem ‘Frozen 2’ adalah tidak kurang hebatnya daripada filem Frozen yang pertama.

Namun, apabila ditanya lebih lanjut mengenai filem itu, Kristen memilih untuk mendiamkan diri kerana Disney pasti akan mendapat tahu jika dia bocorkan maklumat mengenai projek itu. Akan tetapi, dia hanya boleh katakan yang filem itu adalah tersangat bagus.

Maklumat itu pun sudah cukup untuk membuatkan peminat filem animasi seperti Kak Lala ini berasa teruja untuk menantikan filem ‘Frozen 2’ itu keluar dipawagam. Tapi, kena sabar menanti sebab ia hanya akan dikeluarkan pada bulan November tahun hadapan.

Jadi, buat masa itu mari kita ‘throwback’ sikit filem ‘Frozen 1’ sambil mendengar ‘soundtrack’ filem itu yang bertajuk ‘Let It Go’. Lagu itu bukan sahaja telah menjadi siulan ramai tetapi ia telah berjaya menduduki carta Billboard 200 selama beberapa minggu.

-kaklala/utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *