Filem Ready Player One Kuasai Carta Box Office Di US

Satu lagu filem arahan pengarah terkenal, Steven Speilberg berjaya merasai kejayaan terbesar apabila filem terbarunya yang bertajuk, ‘Ready Player One’ berjaya menakluki carta ‘box-office’ Amerika Syarikat untuk minggu lalu.

Hanya mengambil masa selama empat hari sahaja, filem bergenre ‘action-adventure’ itu telah berjaya mengutip keuntungan sebanyak USD53.2 juta sebaik sahaja ia ditayangkan di lebih daripada empat ribu pawagam di lokasi yang berbeza.

Malah, sempena cuti Easter Day semalam sahaja, filem itu berjaya mengutip keuntungan sebanyak USD41.2 juta. Wah, pencapaian yang luar biasa itu~

Menurut laporan, filem ‘Ready Player One’ juga telah menjadi penanda kemunculan semula Speilberg dalam dunia perfileman ‘blockbuster’ selepas hampir satu dekad. Sebelum ini, filem filem ‘Indiana Jones and the Kingdom of the Crystall Skull’ (2008) arahan pengarah berusia 71 tahun itu berjaya mengutip keuntungan sebanyak USD100.1 juta.

Selain itu, di peringkat antarabangsa pula, filem ‘Ready Player One’ itu telah bercaya meraih keuntungan sebanyak USD128juta  dari 62 negara dan itu termasuklah USD61.7 juta dari China yang menandakan pembukaan terbesar bagi Warner Bros di negara itu.

Sementara itu, mari kita saksikan senarai penuh 10 filem yag berjaya menduduki carta ‘box-office’ di Amerika Syarikat mengikut Box Office Mojo:-

  1. Ready Player One – USD41.2 juta
  2. Tyler Perry’s Acrimony – USD17.1 juta
  3. Black Panther – USD11. 3 juta
  4. I Can Only Imagine –USD10.8 juta
  5. Pacific Rim Uprising – USD9.2 juta
  6. Sherlock Gnomes – USD7 juta
  7. Love, Simon – USD4.8 juta
  8. Tomb Raider – USD4.7 juta
  9. A Wrinkle in Time – USD4.7 juta
  10. Paulus, Rasul Kristus – USD3.5 juta

-utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *