Filem Seram ‘A Quiet Place’ Bawa Penonton Ke Alam Sunyi

Anda peminat filem seram? Anda pasti tidak akan melepaskan peluang untuk menonton filem bergenre seram dipawagam? Jika ya, pasti anda tidak mahu terlepas untuk menonton filem seram terbaru daripada Paramount Picture yang bertajuk ‘A Quiet Place’ ini.

Berbeza dengan filem-filem seram atau thriller yang lain, filem ‘A Quite Place’ menceritakan mengenai bagaimana untuk melawan ketakutan dalam kesunyian. Kedengaran aneh bukan? Kak Lala pun rasa aneh, tapi itu adalah kebenarannya.

Malah, filem itu juga tidak mengunakan banyak suara kecuali muzik latar sahaja itu kerana disepanjang filem itu, jumlah dialog yang akan dituturkan oleh pelakonnya juga sangat sedikit dimana 90% komunikasi dalam filem ini adalah mengunakan bahasa isyarat.

Ia adalah kerana suara yang dikeluarkan oleh manusia itu sendiri boleh menjadi ancaman buat mereka. Oh, jadi sekarang fahamlah kak Lala kenapa filem ini kurang dialong, seronok pelakonnya tak payah susah-susah hafal dialog. Hehe

Tapi, rasanya kelainan itu yang membuakan filem ‘A Quite Place’ ini menjadi lebih menarik untuk ditonton kerana kesunyian itu yang akan membuatkan penonton terus memberikan tumpuan kepada jalan ceritanya, mungkin juga akan membuatkan penonton terlupa untuk bernafas buat seketika.

Wuih nak kena tengok filem ni tapi sementara itu kita tengok dulu trailer filem ‘A Quiet Place’ ini diam-diam.

-kaklala/utaranews.com

One thought on “Filem Seram ‘A Quiet Place’ Bawa Penonton Ke Alam Sunyi

  • 05/04/2018 at 2:27 pm
    Permalink

    Seram tahap tundun berbulu kak lala

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *