Filem Seram ‘Gonjiam: Haunted Asylum’ Paling Popular Di Korea

Filem thriler seram dari Korea Selatan yang bertajuk ‘Gonjiam: Haunted Asylum’ bukan sahaja telah berjaya menyingkirkan filem ‘Pacific Rim Uprising’ sehingga ke kedudukan yang kelima tetapi ia juga turut berjaya menepis filem box-office dunia iaitu ‘Ready Player One’ di carta box-office Korea Selatan.

Bersama kutipan sebanyak USD7.6 juta di minggu kedua penayangannya, manakala secara keseluruhan dari hari pertama ditayangkan pada 28 Mac 2018 lalu, filem arahan Jum Bum Sik itu telah mengumpul keuntungan sebanyak USD10.15 juta hasil dari penayangannya di seribu lebih pawagam di Korea.

Dengan pencapaian seperti itu, pasti filem ‘Gonjiam’ adalah filem yang wajib ditonton dipawagam kerana ia menceritakan mengenai 42 orang pesakit di Hospital Sakit Jiwa Gonjiam yang bunuh diri sekitar tahun 1979.

Namun selepas hospital yang terletak di Gwanju, Gyeonggi itu ditutup sepenuhnya pada tahun 1996 pelbagai cerita seram mengenai hospital itu mula menghantui kawasan itu sehingga menyebabkan beberapa orang penyebar Internet memutuskan untuk membuat ‘live stream’ di hospital itu.

Filem yang dihasilkan oleh Hive Mediacorp dengan bajet sebanyak USD1.5 juta, itu turut telah dibintangi oleh beberapa pelakon muda seperti Wi Ha Joon, Park Sung Hoon, Lee Seung Wook, Oh Ah Yeon dan Park Ji Hyun.

Dan, selain dari ditayangkan di Korea Selatan filem itu juga turut ditayangkan di 47 buah negara luar dan itu termasuklah Amerika Utara, Amerika Latin, Jepun, Australia, New Zealand, China, Philipina, Singapura, Taiwan, Malaysia, Brunei, Myanmar, Laos dan Kemboja.

Uih, tengok dari trailer dia kak Lala rasa berbaloi-baloi sangat kalau nak tengok filem ini di pawagam. Banyak betul filem seram yang wajib tengok bulan nii..

-kaklala/utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *