Guan Eng dilabelkan sebagai ‘Bapa segala penyebar Berita Palsu’

Orang yang cakap berita palsu inilah (Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng) bapa kepada penyebar berita palsu, bidas Anggota Parlimen Baling, Datuk Seri Azeez Abdul Rahim.

Beliau berkata demikian susulan tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang itu yang bertindak keluar Dewan sebaik sahaja Ahli Parlimen Baling itu memulakan perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Antiberita Tidak Benar 2018.

“Awal-awal dah lari, orang yang cakap berita palsu inilah (Guan Eng) bapa kepada penyebar berita palsu sebab kalau Yang Berhormat tengok betapa mudahnya melemparkan tuduhan tidak benar, maka lari keluar Dewanlah dia,” kata Azeez.

Dalam perbahasan Azeez yang juga Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO semalam menyentuh mengenai berita palsu yang mendakwanya menerima RM3 juta daripada Konsortium Zenith Construction Sdn Bhd berkaitan projek terowong dasar laut di Pulau Pinang yang kini menjadi tumpuan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Azeez yang juga merupakan Pengerusi Tabung Haji membangkitkan hal tu kerana Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan sebanyak tiga kali dalam kenyataannya sebelum ini menyebut tentang hal itu.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Baling itu berkata, pembangkang perlu Rang Undang-Undang berkenaan bagi mempertahankan hak mereka yang sering difitnah seperti yang berlaku kepada Guan Eng dan Ahli Parlimen Pagoh dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dikaitkan skandal dengan isteri orang.

Rang Undang-Undang ini diperkenalkan bagi menangani lebih banyak masalah yang timbul akibat penyebaran maklumat tidak benar. RUU Antiberita Tidak Benar ini sememangnya perlu kerana ia mampu melindungi banyak pihak khususnya masyarakat.

Namun, tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang itu keluar Dewan dipertahankan oleh Ahli Parlimen Shah Alam dari Parti Amanah Negara (PAN), Khalid Abdul Samad sehingga menyebabkan Dewan menjadi kecoh. –Utaranews.com

One thought on “Guan Eng dilabelkan sebagai ‘Bapa segala penyebar Berita Palsu’

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *