Ha Ji Won Kekal Sebagai Aktres Korea Yang Menerima Bayaran Paling Mahal

Jika anda gemar menonton drama-drama Korea atau Kdrama pasti anda pernah menonton salah satu Kdrama yang paling hit sekitar tahun 2011 bertajuk ‘Secret Garden’ yang dibintangi oleh Ha Ji Won bersama Hyun Bin.

Malah menerusi drama itu juga, Ha Ji Won telah memenangi anugerah Baeksang Arts Awards 2014  dan terus menjadi salah seorang pelakon wanita yang terkenal di Korea Selatan. Kini, meskipun telah mencecah usia 40-an tetapi bakat lakonan Ha Ji Won masih berbisa.

Itu kerana, walaupun pelakon-pelakon baru timbul seperti cendawan selepas hujan tetapi mereka masih tidak boleh mengalahkan Ha Ji Won dalam menjadi pelakon yang menerima bayaran paling mahal di Korea Selatan. Hebat bukan?

Menurut khabar angin, Ha Ji Won menerima bayaran sebanyak US$42 ribu atau sekitar RM163, 800 untuk setiap satu episod yang dilakonkannya. Wow, itu untuk satu episod yee, selalunya Kdrama ada 16 atau 20 episod, jadi berganda wow bayaran yang diterimanya itu.

Tapi, logik jugalah bayaran yang diterimanya itu sebab Ha Ji Won bukan pelakon biasa-biasa, filem atau drama yang dibintanginya pasti tidak akan pernah gagal dan itu semuanya kerana dia sentiasa akan memberikan yang terbaik dalam apa yang dia lakukan.

Jadi, jika usaha diberikan sepenuhnya lebih daripada 100% jadi sudah tentu ia layak untuk menerima bayaran yang setimpal seperti itu. Mungkin pelakon-pelakon lain boleh jadikan Ha Ji Won sebagai contoh.

Sementara itu, selain drama ‘Secret Garden’, drama-drama lain lakonan Ha Ji Won yang turut terkenal adalah ‘Hak Gyo 2 (2000), Life is Beautiful (2001), Days in the Sun (2002), dan Something Happened in Bali (2004).

Manakala, awal tahun ini, Ha Ji Won sekeluarga diselubungi kedukaan apabila adiknya, Jeon Tae Su yang juga seorang pelakon dipercayai bunuh diri akibat tekanan perasaan berpanjangan. –kaklala/utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *