Hael Husaini Mahu Terus ‘Menjampi’ Peminat Dengan ‘Haram’

Tidak dinafikan ‘jampi’ yang Hael Husaini gunakan dalam lagu singlenya yang sebelum ini memang sangat berbisa sehinggakan lagu itu bukan sahaja menerima reaksi yang baik daripada netizen tetapi juga turut dinobatkan sebagai juara Anugerah Juara Lagu 32.

Namun, disebalik kejayaan yang diperolehi oleh lagu ‘Jampi’ itu sudah pasti Hael berasa tertekan untuk menghasilkan lagu terbaru kerana bimbang lagu itu mungkin tidak akan mendapat penerimaan yang baik sama seperti lagu ‘Jampi’.

Tetapi, itu tidak mematahkan semangat Hael untuk menghasilkan single terbarunya yang bertajuk ‘Haram’. Tambahan pula, single itu merupakan satu lagi pencapaian buat Hael sebagai anak seni kerana dia berpeluang untuk berduet dengan Dayang Nurfaizah.

Setelah berbulan-bulan berahsia, Hael dan Dayang mendedahkan projek rahsia mereka itu buat pertama kali di pentas Anugerah MeleTOP Era 2018 dan baru dua hari dilancarkan, muzik video ‘Haram’ telah mendapat lebih daripada 300 ribu tontonan di YouTube.

Malah, jika dilihat pada bahagian komen juga rata-rata netizen turut menyukai lagu ‘Haram’ itu jadi adakah itu petanda yang mungkin Hael bakal mengulangi magis ‘Jampi’ itu sekali lagi. Pada kak Lala itu tidak mustahil kerana lagu ‘Haram’ ini tidak kurang hebatnya.

Tambahan pula kisah yang ingin disampaikan dari lagu itu agak dekat dengan pendengar yang mungkin turut menjalani kisah yang sama seperti kisah lagu itu. Tak percaya? jom kita layan lagu ‘Haram’ itu dahulu.

-kaklala/utaranews.com

One thought on “Hael Husaini Mahu Terus ‘Menjampi’ Peminat Dengan ‘Haram’

  • 16/04/2018 at 4:02 pm
    Permalink

    Stupidiot hael husaini . Bullcrap . Pangolin’s poop

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *