Hafiz Hamidun ‘Show Off’ Dengan Harta Benda Orang?

Kak Lala perasan sejak dari semalam lagi nama komposer dan penyanyi lagu ketuhanan iaitu Hafiz Hamidun menjadi perbualan netizen di media sosial dengan topik yang dia adalah seorang yang ‘cakap tidak serupa bikin’.

Pada awalnya kak Lala harian juga apa pula yang telah dibuatnya sampai netizen kata seperti itu. Rupanya, itu adalah kerana tweet Hafiz mengenai penyakit ‘show off’ yang semakin berleluasa sekarang ini.

Itu memang tidak dinafikan lagi, memang orang zaman sekarang ini ramai yang riak, mana tidaknya semua perkara hendak dikongsikan di media sosial. Bukan cemburu tetapi berkongsi pun ada batasnya.

Tapi, balik kepada topik netizen berang pada Hafiz, rupanya itu adalah kerana netizen melihat ‘penyakit’ itu sendiri sebenarnya berlaku pada Hafiz yang mana Hafiz turut sama dilihat ada bergambar dengan beberapa benda mewah di Instagram-nya.

Namun, apa yang kak Lala baca diportal berita tempatan, Hafiz mengatakan yang semua barangan mewah itu bukan miliknya tetapi sebaliknya milik orang lain dan dia hanya menumpang bergambar sahaja.

Lah, penat kak Lala percaya yang itu semua adalah milik Hafiz sebab kalau lihat kapsyen seperti itu semua memang milik Hafiz. Kak Lala pun tertipu lah ni? Tak apa lah, sekarang ini mungkin menumpang ‘show off’ barang mewah orang lain. Mana tahu esok lusa boleh ‘show off’ barang sendiri. Eh!

Sekejap, kalau penyakit tayang harta benda sendiri boleh membawa kepada riak, takabbur dan ujub, macam mana pula bila tayang harta orang lain? Jadi tertanya-tanya pula kak Lala. Hmm –kaklala/utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *