Hairul Azreen Dikecam Kerana Terlampau Over Jiwai Watak

Sudah menjadi tugas seorang pelakon untuk menjiwai sesuatu watak yang diberikan kepada mereka bukan apa ia adalah supaya mesej yang ingin disampaikan daripada filem itu dapat sampai dengan baik kepada penonton.

Tapi, ada juga sesetengah pihak yang berasa kurang gemar apabila pelakon itu terlalu menjiwai watak seperti yang ditunjukkan oleh Hairul Azreen di media sosialnya. Macam yang kita ketahui, Hairul kini sedang menjalani penggambaran filem terbarunya yang bertajuk, Paskal The Movie.

Dan, disebabkan filem ketenteraan itu berlangsung di beberapa lokasi seperti Perak, Sabah dan Maghribi, Hairul terpaksa berjauhan dengan keluarganya selama sebulan dan itu membuatkan Hairul sedar betapa besarnya pengorbanan tentara kita yang turut perlu berjauhan dengan keluarga mereka.

Malah, bukan itu sahaja tetapi Hairul juga turut memuat naik satu status mengatakan yang negara dan keluarga adalah sama. Meskipun tidak mengetahui maksud disebalik status itu, tetapi itu telah mengundang rasa kurang senang pada seorang pengguna Twitter.

Dimana, pengguna yang mengunakan nama Mr Zorro itu telah mengelarkan Hairul sebagai seorang yang poyo kerana baru sahaja berlakon menjadi askar tetapi sudah buat-buat seperti dia adalah seorang askar yang faham akan situasi sebenar seorang tentera.

Walhal, itu semua hanya lakonan dan dunia tentera yang sebenar adalah tidak sama seperti yang ditunjukkan. Oleh itu, pengguna itu meminta supaya Hairul berhenti perasan yang dia adalah tentera kerana itu hanya akan menyebabkan orang berasa kurang berminat untuk menonton filem itu.

Sampai macam itu sekali? Bukan ke lebih bagus jika seorang pelakon itu terlalu menjiwai watak daripada langsung tidak menjiwai watak sampaikan berlakon pun nampak kayu saja? Mungkin benar apa yang Hairul rasai itu tidak sama tetapi sekurang-kurangnya Hairul dapat rasakan sedikit pengalaman tentera itu berbanding kita.

Kak Lala tidak rasa semua itu akan membuatkan orang berasa kurang minat untuk menonton filem Paskal sebab filem itu sendiri sudah menarik kerana ia menceritakan mengenai pembabitan PASKAL dalam misi merampas kapal terbang dagang MT Bunga Laurel dari lanun Somalia di Teluk Aden pada tahun 2011.

Tak sabar rasanya hendak tunggu filem ‘Paskal The Movie’ ini keluar dipawagam.

-kaklala/utaranews.com

One thought on “Hairul Azreen Dikecam Kerana Terlampau Over Jiwai Watak

  • 17/04/2018 at 1:06 am
    Permalink

    Hmmm..
    Cuba suruh mr zorro tu pulak pegang watak tu . Ntah2 , dia tu lg syok sendri drpd si hairul tu .
    KEHH

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *