Hairul Azreen Terharu Dengan Pengorbanan Anggota Tentera Malaysia

Terpaksa berpisah dan berjauhan dengan orang yang disayangi terutama sekali keluarga adalah satu perkara yang sangat sukar untuk dilakukan tetapi jika sudah menjadi tuntutan kerja maka mahu atau tidak terpaksalah melalui semua itu.

Namun, tidak semua orang akan nampak pada keperitan itu melainkan mereka merasainya sendiri seperti yang dilalui oleh pelakon, Hairul Azreen. Seperti yang semua sedia maklum, Hairul kini sedang sibuk menjalani penggambaran filem terbarunya yang bertajuk ‘Paskal the Movie’.

Disebabkan oleh tuntutan kerjanya itu Hairul terpaksa berjauhan dengan keluarganya selama sebulan dan itu membuatkan Hairul berasa terharu dengan pengorbanan anggota tentera negara kita kerana mereka perlu melalui situasi yang sama sepertinya itu.

Dan, semestinya itu bukan sesuatu yang mudah dan merupakan satu pengorbanan tersangat besar yang anggota tentera kita perlu lakukan kerana tempoh berjauhan mereka mungkin memakan tempoh yang lebih lama daripada sebulan.

Kak Lala tak boleh bayangkan jika Hairul yang sudah sebulan pun sudah muat naik video yang menunjukkan gambar-gambarnya bersama Hanis, Yusof dan juga kucing peliharaan mereka iaitu Bujibu, bagaimana pula dengan tentera kita.

Tapi, jujurlah kak Lala pun turut menumpang sedaih apabila menonton video Hairul itu tambahan pula ia turut disertai dengan muzik latar yang sedih. Aduh, tak boleh bayangkan jika kak Lala berada disituasi seperti itu.

Pasti hari-hari kak Lala menangis hendak balik biasalah perempuankan emosi dia terlebih-lebih berbanding lelaki. Hehe. Siapa yang tidak akan rindu pada keluarga mereka, harap Hairul tabah menempuhi dugaan itu hendak buat macam mana selain keluarga, kerja juga perlu diutamakan.

-kaklala/utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *