Harga segelas Milo ais kini lebih mahal dari seliter minyak petrol

Bagi kebanyakkan rakyat Malaysia terutamanya kanak-kanak memang cukup suka memesan air milo ais jika di kedai makan. Bagaimanapun, harga milo ais yang dijual terutamanya di kedai mamak dan kopitiam dilihat semakin mahal sehingga lebih mahal dari harga 1 liter petrol.

Seorang penjual roti di Ipoh, Lee Yen Yi, berkata terkejut apabila mengetahui harga untuk segelas air milo di sebuah kopitiam tepi jalan adalah RM2.70.

Katanya, harga minuman itu naik setiap tahun dan menunjukkan orang ramai terpaksa membayar lebih hanya untuk minuman itu berbanding minyak kereta.

“Bila fikir semula harga minuman naik 10 sen tahun demi tahun, bermakna kita bayar lebih untuk minuman daripada bayar minyak untuk kereta,” katanya.

Manakala, di Cameron Highlands pula harga milo ais RM3 adalah harga normal dan paling murah pula berharga RM2.50. Seorang pekebun, Wong Seng Yee, berkata beliau sendiri tidak faham mengapa harga minuman lebih mahal dari petrol.

Di Kuantan pula, rata-rata kopitiam akan meletakkan harga milo ais RM2.90 tetapi jika kopitiam itu mempunyai penghawa dingin harga milo ais akan jauh lebih mahal sehingga RM4.50.

Penang pula harga milo ais masih di paras rendah sekitar RM2.20 hingga RM2.40 bagaimanapun harga minuman itu akan berubah harga mengikut musim perayaan.

Sementara itu, di Kuching Sarawak harga minuman milo ais hanya RM2.20 hingga RM2.80. Bagaimanapun, harga milo ais di kebanyakkan kedai makan di seluruh negara meletakkan harga milo ais RM2 ke atas dan paling mahal sehingga RM4.50.

Apapun, orang ramai dinasihatkan untuk mengurangkan mengambil minuman manis atau bergula. Lebih digalakkan minum ais kosong sahaja yang lebih murah dan juga sihat untuk tubuh badan. –utaranews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *