Hashtag ‘Murah Dan Punah’ Tanda Protes Dato AC Kepada Air Asia

Air Asia memang sangat dikenali sebagai syarikat penerbangan tambang murah di Malaysia dan atas sebab itu juga ramai netizen memilih untuk mengunakan perkhidmatan syarikat penerbangan milik Tony Fernandes itu.

Namun, disebalik kejayaan yang diperolehi oleh syarikat itu selama sembilan tahun berturut-turut, sikap pihak pengurusan bagasi Air Asia memang sangat kurang memuaskan hati pengguna kerana terdapat pelbagai aduan mengenai kerosakkan bagasi.

Terbaru, kak Lala dapati pengacara terkenal, Dato AC Mizal turut menerima nasib yang sama sehinggakan pengacara Maharaja Lawak Mega itu mencipta hashtag khas untuk syarikat itu iaitu “Murah dan Punah”. Mungkin sebab walaupun harga tiket murah tetapi kemungkinan untuk bagasi rosak jika mengunakan Air Asia itu ada.

Berdasarkan video yang dikongsinya, jelas kelihatan AC bukan sahaja berasa kecewa atas kecuaian pekerja Air Asia tapi juga pada bahagian Khidmat Pelanggan Air Asia kerana walaupun sudah membuat aduan mengenai begnya yang kemek itu tetapi mereka enggan membantunya sehingga dia terpaksa membeli bagasi baru sendiri.

Kak Lala tidak berapa tahu sangat polisi syarikat penerbangan ini tapi bukan ke kalau bagasi rosak atas sebab kecuaian, bagasi itu akan digantikan dengan yang baru. Ke memang tiada polisi seperti itu? Tapi, jika sudah memang salah apa salahnya bertanggungjawab.

Lagi pula, beg itu sudah dibalut dengan plastik lutsinar tapi masih rosak. Hmm pasti ada sesuatu yang membuatkan ia sampai menjadi kemek seperti itu. Kak Lala rasa sudah sampai masanya untuk Air Asia lakukan sesuatu demi menjaga nama baik dan juga reputasi mereka sebagai syarikat penerbangan tambang murah terbaik di Malaysia.

Bukan apa takut atas isu-isu seperti ini, nanti ramai orang serik untuk mengunakan perkhidmatan Air Asia. Mana tidaknya, jimat dekat tiket, tapi kena berbelanja juga untuk gantikan bagasi yang rosak. Jadi, lebih baik gunakan syarikat penerbangan yang mahal asalkan bagasi dalam keadaan selamat bukan? -kaklala/utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *