Ibu bapa wajib ajar ilmu agama kepada anak-anak

Setiap kanak-kanak perlukan didikan yang baik dari ibu bapa atau penjaga untuk melahirkan manusia yang seimbang dunia dan akhirat. Anak-anak adalah aset yang penting yang harus didik sejak mereka masih lagi kecil lagi.

Walaupun zaman kini sudah semakin berubah dengan pelbagai cabaran, anak-anak tetap perlu didikan dengan ilmu agama. Ilmu agama termasuklah tauhid, al-Quran, hadis diikuti ilmu berbentuk keduniaan.

Menurut, Pengasas Yayasan Warisan Ummah Ikhlas, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub, ketua keluarga iaitu suami atau bapa antara individu penting dalam membimbing keluarga agar mengamalkan al-Quran dalam kehidupan.

“Lelaki sebagai ketua keluarga perlu bekerja keras, di samping menerapkan nilai-nilai murni dalam ahli keluarga,” katanya.

Hussamuddin berkata, keluarga yang berakhlak dengan al-Quran pastinya akan dibimbing masuk ke syurga.

Jelasnya, terdapat pelbagai program yang dijalankan untuk aktiviti keluarga antaranya #QuranHour dan #SavingFamilies untuk melahirkan semula peranan penting ketua keluarga.

Katanya, program terbabit adalah lanjutan dari World #QuranHour yang sebelum ini hanya diadakan sejam setiap tahun.

“World #QuranHour hanya sejam setiap tahun, kita mahu amalan membaca, menghayati dan mengamalkan al-Quran ini dilaksanakan secara berterusan,” katanya.

Sebagai ibubapa mestilah mempunyai ilmu dan persediaan yang secukupnya dalam mendidik anak-anak dalam era yang semakin mencabar ini. Sesungguhnya mendidik anak-anak dengan ilmu agama adalah yang sebaik-baiknya ilmu. –utaranews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *