Ifa Raziah Nasihatkan Artis Baru Agar Jangan Cepat Give-Up

Sudah menjadi lumrah kehidupan untuk seorang yang berpengalaman atau bergelar senior untuk memberikan nasihat ataupun pesanan kepada orang baru atau junior mereka tidak kira dalam apa bidang yang diceburi dan itu termasuklah juga dalam industri seni.

Sebagai seorang selebriti yang telah lama dalam industri, pelakon dan penyanyi, Ifa Raziah turut tidak melepaskan peluang untuk meninggalkan nasihatnya kepada artis baru dengan meminta supaya mereka tidak terlalu mudah putus asa atau berhenti memperbaiki diri mereka.

Itu kerana, menurut Ifa jika mereka terus memperbaiki diri dengan menambah ilmu mengenai sesuatu bidang dan melakukannya dengan bersungguh-sungguh pasti penantian atau nasib mereka yang samar-samar sebelum ini pasti akan mendapat perhatian cuma yang bezanya adalah cepat ataupun lambat.

Malah, Ifa juga turut menasihatkan artis baru supaya kebal menghadapi tekakan kerana jika ingin menjadi seorang artis, individu itu perlulah bersedia dari segi mental dan fizikal sebagai contoh dirinya yang telah kebal dan lali dengan semua tekanan yang diterimanya sepanjang dalam industri.

Memang tidak dinafikan, terbukti Ifa memang benar-benar telah lali dengan semua tekanan serta kritikan yang melandanya, jika tidak tiadalah Ifa tenang sahaja menjawab isu yang kononnya dia telah menjalani pembedahan plastik dan rawatan sedut lemak baru-baru ini walhal isu itu hangat juga diperkatakan.

Mungkin itu adalah cara untuk seorang artis senior berhadapan dengan kontroversi yang melanda mereka, tak perlu bergaduh dengan pengikut di media sosial, sebaliknya jalani hidup seperti biasa. Memang salute habislah.  Nampaknya artis-artis baru perlu ambil berat nasihat Ifa itu sebab ia bukan sekadar nasihat kosong.

Kak Lala rasa kalau diikut nasihat itu pasti masa depan dalam industri artis baru itu akan berjaya  apapun yang penting jangan mudah putus asa. Hidup ini kena sentiasa berani mencuba. –kaklala/utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *