Izzue Islam Tak Malu Jual Seluar Dalam

Selebriti terjun dalam dunia peniagaan bukanlah satu perkara yang baru malah itu akan memudahkan lagi cara mereka untuk mempromosikan sesuatu produk keluaran mereka kerana mereka sudah mempunyai nama dan dikenali.

Jadi, boleh dikatakan apa sahaja yang selebriti jual pasti akan laris dan dikenali tetapi disaat artis-artis lain sibuk mengeluarkan produk yang kadang kala lebih kurang antara artis lain, penyanyi dan pelakon Izzue Islam mengambil langkah berani untuk keluar dari zon selesa itu.

Dengan melebarkan cabang perniagaannya dengan melancarkan koleksi seluar dalam (boxer) keluarannya di bawah jenama IzzuExclusive.  Meskipun sesetengah orang menganggap pakaian dalaman itu adalah satu perkara yang memalukan tetapi tidak pada Izzue.

Sebaliknya dia sedikit pun tidak berasa malu untuk menjual seluar dalam sebab ia adalah keperluan harian yang bukan sahaja lelaki tetapi wanita juga turut mengunakannya. Betul itu, kak Lala tidak rasa itu adalah satu perkara yang memalukan.

Memang sudah lumrah semua orang pakai pakaian dalam yang memalukan disini adalah jika orang itu tidak memakai pakaian dalaman. Tambahan pula, dalam bidang perniagaan ini tidak boleh berasa malu jika tidak sampai bila-bila pun tidak akan maju dan berjaya.

Selagi ada peluang ambil sahaja, lagi pula, perniagaan seluar dalam ini tidak ramai yang ceburi jadi pasti perniagaan seluar dalam Izzue itu akan mendapat perhatian ramai. Cuma yang pentingnya sekarang ini adalah cara promosi itu  ia perlu dipastikan tidak menimbulkan rasa kurang senang netizen.

Nanti sia-sia sahaja kena kecam tapi sekarang ini kecam itu pun boleh membawa kepada terkenal juga. Namun,  kak Lala tak sarankan Izzue untuk gunakan teknik seperti itu lagi pula Izzue sudah ada nama jadi ia tidak perlukan teknik promosi yang ‘over’.

Oleh itu, selepas ini lelaki-lelaki diluar sana yang ingin membeli boxer tapi malas hendak pergi ke pusat beli belah, sudah tidak perlu bimbang lagi sebab mereka boleh dapatkan itu di atas talian sahaja. Sangat memudahkan. –kaklala/utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *