JAKIM jelaskan status Halal Kuaci dan Kacang Cap Tangan

Penggubalan undang-undang baharu untuk mengelakkan penyebaran berita palsu bukanlah menyekat kebebasan bersuara sebaliknya mengelakkan penyebaran berita tidak benar dari terus berleluasa.

Penyebaran berita palsu memang berada di tahap yang membimbangkan. Malah, boleh menyebabkan masyarakat mengalami kekeliruan apabila tersebar berita tidak benar di media sosial.

Terkini, tular berita kuaci keluaran Chacheer (Malaysia) Sdn Bhd dan kacang cap tangan keluaran syarikat Ngan Yin yang dikatakan tidak halal.

Sehubungan itu, Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tampil mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai kedua-dua produk itu merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang masih sah sehingga ke hari ini.

Berita kuaci keluaran Chacheer (Malaysia) Sdn Bhd dan kacang cap tangan keluaran syarikat Ngan Yin dikatakan tidak halal ini adalah menularan berita palsu yang berulang. Perkara ini pernah tular di media sosial pada 2016 lalu dan sekali lagi menjadi tular baru-baru ini.

“Berdasarkan semakan pihak kami jua, produk kacang keluaran Syarikat Ngan Yin Food Industries Sdn Bhd dan Pagoda Foods (Malaysia) Sdn Bhd serta produk kuaci keluaran Chacheer (Malaysia) Sdn Bhd merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang masih sah sehingga ke hari ini,” jelas kenyaataan Jakim.

Orang ramai dinasihati untuk mengambil langkah berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan penyebaran berita palsu di media sosial tanpa merujuk pihak berwajib terlebih dahulu.

Mana-mana pihak yang ingin mengetahui status halal produk yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia, layari direktori halal di www.halal.gov.my atau di aplikasi telefon pintar SmartHalal.

Sementara itu, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) melancarkan portal sebenarnya.my iaitu portal pengesahan maklumat bagi membanteras penyebaran berita palsu turut tampil mengeluarkan berita menafikan status halal kedua-dua produk terbabit. –utaranews

One thought on “JAKIM jelaskan status Halal Kuaci dan Kacang Cap Tangan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *