Jangan abaikan nafkah terhadap isteri jika tak mahu rezeki sempit

Tanggungjawab seorang suami apabila sudah berkahwin memang cukup besar. Antara tanggungjawab besar suami adalah memberi nafkah kepada isteri mengikut kemampuan masing-masing.

Malah, berdosa seorang suami jika tidak memberi nafkah kepada isteri yang di bawah tanggungannya. Walaupun isteri bekerja dan berpendapatan, suami wajib beri nafkah kepada isteri.

Walaupun pemberian nafkah itu sedikit tetapi penting isteri redha dengan pemberian nafkah dari suami. Jangan pernah abaikan jika tidak mahu rezeki sempit.

Khairul Johari berkongsi manfaat memberi nafkah kepada isteri kerana ramai suami yang terlepas pandang tentang hutang nafkah kepada isteri. Disebabkan itu rezeki sentiasa tidak cukup.

Walaupun ada duit banyak pun masih lagi duit tidak cukup dan cepat habis. Jika anda ada mengalami perkara ini tanyalah isteri dari hati ke hati adakah dia redha dengan nafkah yang diberikan kepadanya sebelum ini dan betul-betul menghalalkan segala nafkah yagn suaminya berhutang.

“Percayalah, banyak perkara yang isteri pendamkan dalam hati sebenarnya. Tetapi dia tidak akan meluahkan kerana mahu menjaga hati suami. Keduanya sebab mahu mengelakkan pergaduhan.

“Jangan kedekut dengan isteri. Perasan tak pasangan yang bahagia selalunya si suami tidak kedekut dengan isteri. Perasan tak?

“Makan isteri berkira, sampai isteri kena keluarkan duit sendiri. Dalam tidak sedar, kita suami dah berhutang dengan isteri. Kita tengok isteri nampak seperti tidak kisah, kita tahu ke dalam hati dia?,”tulisnya.

Seorang isteri untuk dijaga bukan dikerah tenaganya untuk dijadikan seperti ‘babu’ tanpa sebarang rehat. Perkahwinan ini juga bukannya tentang keseronokkan hubungan ‘seks ‘ semata-mata tetapi tentang banyak tanggungjawab yang perlu dipikul.

Mungkin di dunia suami boleh ‘mengelat’ memberi nafkah kepada isteri, tetapi ingatlah Allah itu Maha Melihat dan pastinya hutang nafkah pada isteri nanti akan dipersoal di akhirat kelak.

Sementara itu, isteri juga perlulah memiliki sifat bertimbang rasa dan memahami pasangan terutamanya suami yang mengalami kesusahan dan kepayahan mencari nafkah. Janganlah memaksa suami untuk memberikan nafkah dengan jumlah yang banyak sehingga melebihi kemampuan suami. Bertolak ansurlah dalam perhubungan pastinya rumahtangga akan diberkati. –utaranews

One thought on “Jangan abaikan nafkah terhadap isteri jika tak mahu rezeki sempit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *