Jangan lupa kunci kereta walaupun parking didalam kawasan rumah

Terdapat sesetengah individu merasakan meletakkan kereta di dalam kawasan rumah itu adalah selamat. Disebabkan itu kebanyakkan mengambil keputusan untuk tidak mengunci kenderaan apabila parking kenderaan di dalam kawasan rumah.

Bagaimanapun, orang ramai dinasihatkan untuk tidak melakukan perkara itu kerana ia tidak menjamin keselamatan kenderaan walaupun parking di dalam kawasan rumah.

Seorang wanita yang terlupa mengunci kenderaan semasa parking kenderaan di dalam kawasan rumah terkejut apabila kenderaannya telah dipecah masuk di Taman Senangin.

Selain itu, beliau turut menjumpai sepasang pakaian dalam di dalam kenderaan diletakkan di dalam kotak simpanan barang tempat duduk penumpang.

Noorhazlin Mohamad Saad, 38, berkata apabila memeriksa kenderaan itu dia terjumpa sehelai coli dan seluar dalam bukan miliknya.

“Saya hairan melihat kotak simpanan barang di bahagian papan muka sebelah kerusi penumpang hadapan terbuka.

“Apabila diperiksa, saya menemui sehelai coli dan seluar dalam bukan milik saya,” katanya.

Noorhazlin menjelaskan, kereta telah di parking di dalam kawasan rumah dan pagar rumah sudah berkunci tetapi tidak mengunci kenderaanya semalaman. Keesokan paginya apabila memasuki kenderaan keadaan kenderaannya berselerak.

“Ketika membuka pintu kereta pagi semalam, keadaan kereta berselerak tetapi saya sangkakan disebabkan anak saya.

“Sejumlah kecil wang anak saya yang ditinggalkan dalam kereta hilang,” katanya.

Malah, beliau turut memaklumkan bahawa jirannya turut kehilangan wang RM500 dan sebuah telefon pintar apabila kenderaan yang di parking di dalam kawasan rumah turut dipecah masuk. –utaranews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *