Jangan memandai guna alat penjimatan elektrik kalau tak mahu kena saman

Berjimat cermat dalam kehidupan memang digalakkan memandangkan kos sara hidup semakin tinggi. Bagaimanapun, sebagai umat Islam tidak digalakkan berjimat cermat dengan cara menipu kerana ia adalah berdosa.

Tetapi, ramai masyarakat terutamanya umat Islam seperti lupa dosa dan pahala apabila sanggup menipu penggunaan elektrik kerana mahu berjimat membayar bil elektrik kepada pihak Tenaga Nasional Berhad.

Seorang wanita telah disaman pihak Tenaga Nasional Berhad kerana didapati telah menggunakan alat penjimatan elektrik selama dua tahun.

Bagaimanapun, niat untuk menjimatkan pembayaran bil elektrik setiap bulan telah dikesan oleh pihak TNB. Sebelum membuat pemasangan alat penjimatan elektrik setiap bulan bil rumahnya adalah sekitar RM400 tetapi selepas menggunakan alat penjimatan elektrik bil turun kepada RM100 lebih.

Pihak TNB telah datang ke rumah wanita terbabit untuk membuat pemeriksaan meter kerana penggunaan bil elektrik ‘tidak releven’, dan apabila diketahui puncanya pihak TNB telah mengeluarkan saman.

“Setelah hampir sebulan jumlah saman yang kami terima adalah RM8859.25. Jumlah itu betul-betul mengejutkan kami sekeluarga dan lebih memeranjatkan tidak boleh kurang dan perbincangan.

“Tetapi, pihak TNB maklumkan boleh untuk meminta kurang jumlah saman terbabit tetapi perlu memberi contoh rumah itu tiada orang duduk atau apa-apa sahaja alasan munasabah tetapi jumlah itu perlu dibayar terlebih dahulu. Jika mahu masuk mahkamah untuk pengurangan itu perlu dilakukan kemudian dan tidak dijamin dapat kurang atau sebaliknya,” tulisnya.

Oleh itu, wanita ini dan keluarga mengakui kesilapan mereka dan menasihati orang ramai untuk tidak menggunakan alat penjimatan elektrik kerana perkara itu bukan dapat mengurangkan elektrik sebaliknya menambah beban apabila disaman pihak TNB.

Tidak dapat dinafikan memang ramai orang yang menyalahguna alat penjimatan elektrik ini tetapi sama ada dikesan oleh pihak TNB atau sebaliknya.

Seharusnya jika bil elektrik setiap bulan tinggi, pengguna perlulah berjimat cermat dalam penggunaan elektrik bukannya mengambil jalan mudah menggunakan alat penjimatan elektrik seperti mencuri elektrik secara percuma. –utaranews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *