Jangan sebut ayat-ayat ini jika tak mahu murtad tanpa sedar

Jangan mengambil mudah mengenai dosa yang mungkin terlontar dari mulut tanpa sedar. Malah, ayat-ayat yang dilontarkan itu tanpa sedar mampu membuatkan seseorang umat Islam itu murtad.

Ali ibn Abu Thalib berkata, “Dosa yang paling besar di sisi Allah adalah kedustaan, dan seburuk-buruk penyesalan adalah penyesalan di hari kiamat.”

Dalam Islam mereka yang kekal dalam Islam tetapi melakukan perkara bertentangan dengan ajaran Islam dianggap sebagai musyrik manakala jika melontarkan perkataan yang tidak sepatutnya juga menyebabkan seseorang itu murtad.

Terdapat beberapa ucapan atau perkataan yang dianggap remeh tetapi boleh menyebabkan terkeluar dari Islam. Ini antara beberapa perkataan jika anda pernah terlepas cakap diharap dapat bertaubat dan tidak mengulangi percakapan ini.

1. Allah tidak mampu beri kesenangan kepada aku.

2. Allah zalim jadikan sakit kepada kanak-kanak.

3., Kalau kamu minta bantuan Allah pun aku tidak dapat dihalang.

4. Sia-sia sahaja berdoa kepada Allah, Allah tak ada kuasa.

5. Hukum dalam Quran sudah ketinggalan zaman.

6. Hukum hudud zalim.

7. Zaman sekarang tidak sepatutnya diharamkan riba kerana menghalang kemajuan.

8. Dalam zaman serba maju ini kaum wanita tidak wajib lagi menutup aurat.

9. Hukum poligami adalah zalim patut dihapuskan.

10. Ikut Nabi pun bukannya jadi senang hidup.

11. Minum arak tak sepatutnya diharamkan, dia punya suka la nak minum apa pun..

12. Seks sejenis tidak haram kerana itu hak peribadi.

13. Kalau ikut hukum-hukum Islam, sampai kiamat pun kita tidak akan maju.

14. Sunnah Nabi bukan semuanya bagus, ada yang pengotor seperti jilat jari selepas makan.

15. Tidak haram bersekedudukan dengan bukan mahram asalkan suka sama suka.

Jagalah tutur kata dan percakapan serta berfikir dahulu sebelum berkata terutamanya di media sosial. Masyarakat hari ini dilihat semakin seronok memberikan komen di media sosial tanpa mengambil kira soal agama. Berusahalah menjadi umat Islam yang terhindar dari perbuatan terbabit. –utaranews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *