Janji DAP untuk kekalkan Hutan di Pulau Jerejak hanya Bohong!

Koordinator Gerakan Pantai Jerejak, Oh Tong Keong berkata, menimbulkan kebimbangan penduduk di kawasan Pantai Jerejak adalah rancangan pembangunan di Pulau Jerejak.

Beliau berkata, rakyat Pulau Pinang amat terkejut selepas dimaklumkan seluas kira-kira 32 hektar kawasan hutan Pulau tersebut akan dibangunkan dengan projek bercampur yang merangkumi hotel, rumah dan kedai.

Katanya, penduduk kesal Kerajaan DAP Pulau Pinang gagal menunaikan janji mereka yang kononnya mahu mengekalkan kawasan hutan di Pulau berkenaan.

“Apa yang dikesalkan penduduk, Kerajaan DAP Pulau Pinang sebelum ini pernah berjanji akan mengekalkan kawasan hutan di Pulau Jerejak tanpa disentuh dengan pembangunan tetapi apa yang berlaku kini adalah sebaliknya,” katanya dalam satu kenyataan.

Tong Keong juga berkata, rancangan pembangunan di Pulau itu juga menafikan usaha kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum tahun 2008 yang ingin menjadikan kawasan hutan itu sebagai hutan simpan kekal.

“Sebab itu kita mengulangi pendirian sekiranya BN berjaya merampas semula negeri ini, kita akan segera meluluskan supaya Pulau Jerejak kekal sebagai hutan simpan dan tidak akan disentuh dengan pembangunan,” kata beliau.

Dalam pada itu, beliau juga berkata, projek tambak laut di Pantai Jerejak yang dibantah pelbagai pihak ketika ini sedang mengancam ekosistem dan hidupan marin di kawasan berkenaan.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi GERAKAN Pulau Pinang, hal itu diakui oleh nelayan-nelayan yang meluahkan kebimbangan kerana mereka sekarang sudah tidak boleh menangkap ikan di kawasan berkenaan.

Sebelum ini, kawasan itu pernah menjadi lubuk sumber pencarian para nelayan di negeri itu, namun segalanya berubaha apabila projek tambak laut dilakukan di kawasan tersebut.

Tambah beliau, penduduk di sekitar pantai itu juga meluahkan rasa kecewa dengan Kerajaan DAP Pulau Pinang di bawah kepimpinan Ketua Menteri Lim Guan Eng kerana sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), kerajaan DAP berjanji akan menghentikan projek itu.

Terdapat tiga projek mega yang dirancang di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Jerejak oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang. Projek berkenaan adalah tambak laut di Pantai Jerejak yang sedang giat dijalankan serta rancangan pembangunan komersial Bandar Perniagaan Antarabangsa Pulau Pinang (PICC) dan projek komersial bersepadu di Pulau Jerejak.

Peimpin GERAKAN itu berkata, dalam isu projek PICC pula, menimbulkan kebimbangan penduduk kerana projek berkenaan dirancang berhadapan Bukit Jambul yang sudah maklum sesak.

“Jika projek itu diteruskan, kawasan ini akan menjadi bertambah sesak tetapi dalam masa sama Kerajaan DAP Pulau Pinang tidak memberi jaminan kepada penduduk masalah trafik dan banjir dapat diatasi,” kata beliau. –Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *