Jentera Muslimat PAS yakin bantu parti rampas kembali Permatang Pauh

Jentera Muslimat PAS yakin dapat membantu parti Islam itu merampas kembali Permatang Pauh dari tangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang disifatkan sebagai ibu segala pilihan raya yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Baru-baru ini, Himpunan Jentera Pilihanraya Muslimat PAS Permatang Pauh yang berserta tag line “Muslimat Memacu Kemenangan” diadakan di Kubang Semang telah berjaya mengumpulkan melebihi 200 orang jentera pilihanraya muslimat.

Muslimat yang mewakili DUN Seberang Jaya, Permatang Pasir dan Penanti antara yang hadir dalam himpunan berkenaan. DUN Permatang Pasir diumumkan sebagai kehadiran peserta paling ramai.

Difahamkan, acara gimik pelancaran himpunan diadakan bagi menaikkan semangat jentera muslimat yang berada di dalam dewan dan ianya telah dijayakan bersama-sama oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan, Pengarah Jabatan Pilihanraya Muslimat PAS Kawasan, Ketua HalWa DUN Seberang Jaya, Permatang Pasir & Penanti.

Malah, diiringi lagu yang bertemakan semangat perjuangan sambil mengibarkan panji-panji PAS, Jalur Gemilang, dan bendera Pulau Pinang, selain kata-kata ‘PAS Tawan Permatang Pauh’ bergema dalam dewan itu.

Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Kawasan, Amir Hamzah dan Pengarah Jabatan Pilihanraya Muslimat PAS Kawasan, Suraya Md Saat antara yang memberi ucapan pembukaan di pentas himpunan tersebut.

Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Pilihanraya Muslimat PAS Negeri Pulau Pinang, Maziah Khamis memanaskan lagi suasana dewan dengan memberi beberapa tip-tip gerakerja dan jangkaan suasana pilihanraya akan datang.

Turut hadir dalam himpunan itu ialah ahli jawatankuasa harian PAS Kawasan dan Dewan Pemuda, serta wakil PAS Kawasan Bagan. –Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *