Jet Li Dan Gong Li Sedia Hidupkan Filem Mulan

Filem Mulan yang bakal ditayangkan pada 27 Mac 2020 ini dikatakan bakal dibintangi oleh dua bintang terkenal dari China iaitu Jet Li dan juga Gong Li.

Dimana dalam filem itu nanti Jet Li akan melakonkan watak salah seorang tentera China yang mengarahkan setiap keluarga untuk menghantar seorang lelaki untuk menjalani latihan ketenteraan manakala Gong Li pula memainkan watak ahli sihir yang sangat kuat.

Watak Gong Li dalam filem itu dikatakan merupakan satu perubahan titik perubahan dalam siri animasi Mulan kerana jika versi animasinya watak jahat adalah Shan Yu iaitu ketua Huns dan ia adalah seorang lelaki.

Namun, perubahan watak penjahat daripada lelaki menjadi perempuan di dalam versi filem itu nanti pasti akan mencipta satu dinamik yang baru dalam filem live-action itu. Tambahan pula, kebolehan Gong Li berlakon memang tidak diragui lagi.

Sementara itu, selain Gong Li, Jet Li dan Liu Yifei sebagai Mulan, filem itu juga turut dibintangi oleh pelakon hebat lain seperti Donnie Yen dan akan memulakan penggambaran di China dan New Zealand pada bulan Ogos ini.  –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *