Kadar pengangguran di Malaysia susut 0.1 peratus

Menurut Jabatan Perangkaan, kadar pengangguran di negara ini menunjukkan berada di paras susut 3.3 peratus pada Februari 2018  iaitu turun 0.1 peratus berbanding bulan sebelum ini.

Manakala, bagi perbandingan tahun ke tahun pula kadar pengganguran pada Februari 2018 ini juga mencatatkan penurunan sebanyak 0.2 peratus berbanding tahun lalu.

Jumlah pekerja juga telah mencatatkan peningkatan sebanyak 0.3 peratus pada Februari 2018 iaitu kepada 15.23 juta berbanding sebulan lalu hanya 15.19 juta.

Berdasarkan jumlah pekerja yang telah meningkat, kadar penyertaan tenaga kerja pada Februari 2018 juga telah meningkat sebanyak 0.4 peratus berbanding bulan yang sama pada tahun lalu.

Sementara itu, sebanyak 31.8 peratus atau seramai 7.11 juta rakyat Malaysia dalam umur bekerja 15 hingga 64 tahun tidak berminat untuk bekerja pada Februari 2018.

Jumlah itu telah mencatatkan peningkatan daripada 7.07 juta pada bulan sebelumnya.

Kategori rakyat Malaysia yang tidak berminat untuk bekerja itu terdiri daripada suri rumah, pelajar, dan pesara.

Isu pengangguran di negara ini diambil serius oleh pihak kerajaan dan mengambil langkah proaktif bagi mengatasi masalah terbabit. Antaranya dengan melaksanakan inisiatif program seperti Skim Latihan 1Malaysia (SL1M).

Menerusi SL1M, sebanyak 70 peratus peserta telah berjaya dibantu untuk memperoleh pekerjaan tetap selepas tamat dari latihan skim terbabit.-utaranews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *