Kareena Kapoor Dedah Rahsia Kuruskan Badan

Kak Lala tahu pasti ramai perempuan-perempuan diluar sana yang sama seperti kak Lala mengimpikan untuk memiliki bentuk badan yang cantik persis model atau pelakon-pelakon terkenal tapi tidak pernah tercapai.

Sebaliknya, hanya mampu berangan-angan untuk memiliki badan fit dengan melihat gambar-gambar selebriti yang walaupun telah melahirkan anak tetapi badan masih maintain seperti anak dara antaranya adalah Kareena Kapoor.

Semua peminat filem Bollywood tahu yang Kareena Kapoor mempunyai bentuk badan yang sangat cantik tapi mengalami perubahan bentuk badan sewaktu mengandungkan anaknya, Taimur. Namun, demi untuk mengembalikan bentuk badannya yang lama itu, Kareena telah berkerja keras.

Menurut laporan, guru kecergasan Kareena iaitu Namrata Purohit sendiri telah berkongsi rahsia kurus Kerena yang membuatkan berat badannya menurun sebanyak 16 kg dalam masa setahun. Wow! Dan, semua itu berjaya diperolehinya dengan melakukan yoga dan pilates.

Jelas Namrata, Kareena bukan sahaja telah melakukan yoga dan pilates selama setahun tetapi dia juga turut mengawal pemakanannya dengan mengamalkan diet dengan cara yang sihat dan itu semua semata-mata kerana dia ingin mendapatkan bentuk badannya yang lama.

Kalau lihat hasilnya, kak Lala rasa memang berbaloi pengorbanan dan disiplin selama setahun Kareen itu, mana tidaknya, Kareena langsung tidak nampak seperti sudah mempunyai anak sebaliknya kelihatan cantik sama seperti sewaktu sebelum berkahwin dahulu.

Jadi, mungkin mereka yang ingin memiliki bentuk badan yang cantik itu boleh cuba amalkan yoga, pilates dan diet yang sihat seperti Kareena mana tahu berjaya dapatkan badan fit idaman ramai itu. –kaklala/utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *