Kena panaskan enjin kereta sebelum jalan adalah tahyul dan salah

Seperti sudah menjadi satu rutin atau tabiat rakyat Malaysia apabila menaiki kenderaan untuk panaskan enjin kereta dahulu sebelum memulakan perjalanan. Tabiat itu diamalkan kerana dikatakan mampu untuk menjaga enjin kenderaan dari cepat rosak.

Bagaimanapun, ramai yang tidak mengetahui bahawa tabiat panaskan enjin kereta sebelum memulakan perjalanan itu sebaliknya mampu membuatkan enjin kenderaan anda rosak bukannya mampu menjaga enjin kenderaan.

Fakta itu telah lama didedahkan seperti di Jepun, United Kingdom dan Amerika Syarikat apabila mereka telah menetapkan undang-undang supaya tidak membiarkan enjin kenderaan dihidupkan terlalu lama tanpa sebarang pergerakan (idling).

Sementara itu, The Canadian Office of Energy Efficiency turut menjelaskan untuk memanaskan enjin kenderaan sebelum bergerak sebenarnya hanya memerlukan sekitar 15 hingga 30 saat sahaja.

Sebenarnya enjin dicipta untuk bergerak dan apabila enjin dan minyak enjin sudah sejuk maka sistem pembakaran akan memperbanyakkan minyak supaya pembakaran menjadi lancar.

Jika pengguna membiarkan enjin hidup terlalu lama kononnya untuk memanaskan enjin, maka minyak enjin akan meleleh di dalam silinder, lalu merosakkan enjin kenderaan.

Apapun, diharap orang ramai tidak lagi mengamalkan budaya tahyul dan salah itu pada kenderaan masing-masing untuk menjaga enjin kenderaan dari rosak.

Kenderaan sudah dilengkapi dengan teknologi yang semakin canggih mungkin kenderaan yang dikeluarkan pada zaman dahulu memerlukan masa untuk memanaskan enjin tetapi kenderaan kini tidak lagi memerlukan masa untuk memanaskan enjin. –utaranews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *