Kerajaan DAP ‘kuat auta’ tentang rumah mampu milik

Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan sering cuba memperdayakan dan menipu rakyat dengan cakap-cakap kosong mereka. Kerajaan Pakatan Harapan cuba menggambarkan mereka telah melakukan yang ‘terbaik’ untuk rakyat, sedangkan hakikatnya tiada apa yang dilakukan mereka.

Ini dapat dilihat mengenai isu rumah mampu milik di negeri Pulau Mutiara itu yang gagal disediakan oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang. Isu harga rumah di Pulau Pinang terus hangat diperkatakan dikalangan rakyat negeri berkenaan.

Sejak sekian lama, rakyat negeri itu dibelenggu kesukaran untuk memiliki kediaman sendiri. Ini kerana mereka mendapati rumah di negeri Pulau Mutiara itu semakin mahal untuk dibeli atau menyewa sementara projek perumahan mampu milik pula sukar dimiliki.

Jadi, memang wajarlah bila Pengarah Strategik UMNO Kepala Batas, Azizi Safar mempersoalkan benarkah Kerajaan DAP Pulau Pinang memberi tumpuan kepada pembangunan rumah mampu milik di setiap daerah.

Berdasarkan kepada senarai projek-projek perumahan mampu milik oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang, beliau berkata, kebanyakkan projek-projek berkenaan merupakan dalam Daerah Timur Laut di Bahagian Pulau sahaja.

“Daerah Seberang Perai Utara merupakan salah satu antara lima daerah dalam negeri Pulau Pinang. Daerah SPU ada tiga kawasan Parlimen; Kepala Batas dan Tasek Gelugor yang dimiliki oleh Barisan Nasional (BN), manakala Bagan pula dimiliki oleh Lim Guan Eng yang mewakili DAP.

“Kepala Batas dan Tasek Gelugor adalah kawasan yang majoriti penduduknya adalah kaum Melayu manakala Bagan majoriti penduduknya adalah kaum Cina.

“Jadi, mohon Dr Afif Exco Kesihatan yang gagal kawal kes-kes denggi tunjukkan di mana rumah-rumah mampu milik yang telah siap dibina oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang di Daerah Seberang Perai Utara,” kata beliau.

Beliau berkata berkata demikian merujuk kenyataan Exco Pulau Pinang, Dr Afif Bahardin yang mendakwa Kerajaan DAP Pulau Pinang memberi tumpuan kepada pembangunan rumah mampu milik dan rumah rakyat untuk negeri berkenaan, tanpa mengira daerah.

Dalam pada itu, Azizi juga berkata, kawasan DUN Seberang Jaya yang diwakili oleh Afif sendiri pun merupakan asalnya kawasan kebun getah yang dibangunkan oleh kerajaan BN semasa berkuasa di Pulau Pinang, sebagai kawasan pertumbuhan baru, selain membangunkan Bandar Perda yang dahulunya kawasan sawah padi menjadi bandar baru.

“Pembangunan Batu Kawan pun adalah satu perancangan pusat pertumbuhan baru yang dirancang oleh Kerajaan BN Pulau Pinang terdahulu. DAP hanya menyambung perlaksanaannya saja,” ujarnya.

Tambahnya, walaupun DAP sudah 10 tahun memerintah Pulau Pinang, namun sehingga hari ini tidak ada satu pun projek sedemikian dibuat oleh kerajaan DAP negeri.

“Afif mendakwa PERDA jual banyak milik mereka tapi Afif terlupa bahawa PDC di bawah Kerajaan DAP juga banyak menjual tanah di Batu Kawan kepada pemaju-pemaju swasta untuk pembangunan hartanah mewah; tiada rumah mampu milik.

“Malah, jumlah tanah yang dijual oleh PDC yang dipengerusikan oleh Lim Guan Eng sendiri jual lebih banyak tanah milik Kerajaan Negeri,” katanya. –Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *