Kesian Anak Nora Dan Nedim Jadi Mangsa Kritikan Netizen

Ironiknya kita tahu bayi adalah makhluk ciptaan Allah SWT yang paling suci, wangi dan juga comel tetapi disebabkan oleh keterbukaan orang zaman sekarang ini bayi kepada pelakon, Nora Danish dan Nedim Nazri telah menjadi mangsa kritikan netizen.

Ia berpunca daripada seorang pengguna Twitter yang mengunakan nama Mazni Z. memuat naik satu status seolah-olah ingin mengatakan yang anak Nora yang dikenali sebagai Baby NeyNey itu tidak comel seperti kedua ibu bapanya.

Walaupun pengguna itu ada menulis yang dia tidak bermaksud ingin bersikap biadap tetapi pada kak Lala perbuatannya itu sangat keterlaluan kerana walau apa sekali pun tujuannya memuat naik status seperti itu tetapi dia tidak berhak untuk menghina ciptaan Allah SWT.

Lagi pula, yang dikritik secara terbuka itu adalah anak orang lain dan bukannya anak dia sendiri jadi sebagai ibu bapa sudah pasti Nora dan Nedim akan berasa terkesan jika orang mengatakan seperti itu kepada anak mereka.

Namun, bukan kak Lala sahaja yang berasa marah dengan tindakan Mazni Z itu tetapi rata-rata netizen di Twitter juga turut membidas semula pengguna itu dengan memberikannya pelbagai kritikan sehinggakan dia terpaksa menukar gambar profil akaun Twitter-nya.

Haa, itu orang kata cakap siang pandang-pandang cakap malam dengar-dengar. Lain kali sebelum hendak tweet sesuatu itu tidak kiralah ingin memberi reaksi kepada tweet orang lain atau apa sekali pun kena tahu akan ada kesannya.

Baby Ney Ney tiada buat salah apa pun sehinggakan dia perlu dikritik seperti itu. Lain orang lain pandangannya, tapi tak perlulah beritahu orang ramai pandangan itu, simpan dalam diri sendiri sahaja sudah cukup.

Apa pun, pada kak Lala semua baby dalam dunia ini termasuklah baby Ney Ney semuanya comel belaka. –kaklala/utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *