Konsert Jelajah ‘Wanna One World Tour- One: The World’ Di Malaysia

Berita gembira buat Wannable di Malaysia kerana kumpulan Kpop terkenal yang lahir daripada rancangan Produce 101 Musim ke-2 iaitu Wanna One bakal mengadakan konsert jelajah mereka, ‘Wanna One World Tour-One: The World’ di Axiata Arena pada 21 Julai nanti.

Namun, kak Lala difahamkan konsert yang dibawakan oleh YJ Partner dengan kerjasama IMC Live Group itu merupakan konsert jelajah yang pertama dan terakhir untuk kumpulan yang dianggotai oleh Kang Daniel, Lai Kuan-Lin, Lee Dae-Hwi, Park Jihoon, Ha Sung-won, Ong Seung-wu, Hwang Min-Hyun, Kim Jae-hwan, Yoon Ji-sung, Bae Jin-young dan Park Woo-jin.

Itu adalah kerana masa untuk kumpulan itu dibubarkan telah sampai jadi konsert itu merupakan hadiah terakhir kumpulan itu untuk peminat-peminat mereka di seluruh dunia yang bukan sahaja telah menyokong mereka sejak dari Produce 101 tapi sehingga ke album debut dan kedua mereka.

Oleh itu, kak Lala pasti semua peminat Wanna One di Malaysia tidak mahu melepaskan peluang keemasan ini kerana selepas ini sudah pasti mereka sudah tidak berpeluang untuk menyaksikan kumpulan Wanna One beraksi di atas pentas yang sama.

Mungkin dalam masa yang sama menebus semula insiden yang terjadi semasa ‘Meet & Greet’ kumpulan itu juga yang berlaku pada awal tahun lalu. Tapi, kak Lala lebih berharap insiden yang sama seperti itu tidak berulang kembali nanti.

Kesian oppa-oppa Wanna One silap-silap trauma terus hendak datang Malaysia lepas ini. –kaklala/utaranews.com  

One thought on “Konsert Jelajah ‘Wanna One World Tour- One: The World’ Di Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *