KWSP dicadangkan melabur dalam Projek Rumah Pencarum Mampu Milik

Baru-baru ini, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengumumkan kenaikan jumlah aset pelaburan sebanyak 8.26 peratus kepada RM791.48 bilion untuk tahun 2017 berbanding RM731.11 bilion pada 2016.

Bagaimanapun, Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) telah mencadangkan KWSP supaya dapat merancakkan lagi pulangan aset pelaburan dengan membuat pelaburan dalam hartanah dan Projek Rumah Pencarum Mampu Milik.

Menurut, Presiden MTUC, Datuk Abdul Halim Mansor, pelaburan ini juga seterusnya dapat mengurangkan kebergantungan pihak KWSP sebelum ini hanya terhadap keadaan ekonomi dalam negara dan pulangan pelaburan dari luar negara.

Beliau berkata, pencarum juga mendapat pulangan yang baik apabila dapat memiliki rumah selaras dengan matlamat kerajaan rumah untuk rakyat.

“Pencapaian KWSP tahun lepas yang baik adalah kerana dua fak­tor ini tetapi tidak berupaya menjanjikan apa-apa kepada pencarum untuk tahun-tahun hadapan. Ini di­se­babkan suasana eko­nomi semasa.

“Projek Rumah Pencarum Mampu Milik akan memastikan produk ini memulangkan pelaburan yang baik dan pencarum dapat memiliki rumah, seiring dengan matlamat rumah rakyat kerajaan,” katanya.

Abdul Halim berkata, pihak KWSP mempunyi pengurusan profesional yang baik dan bertanggungjawab untuk melaburkan caruman pekerja bebas dari pengaruh luar.

“KWSP mempunyai pengurusan profesional yang mengatur strategi untuk memberi pulangan baik dan mereka bertanggungjawab dalam melaburkan wang caruman pekerja sentiasa bebas daripada pengaruh luar.

“Dalam masa sama, KWSP mesti diberi kelonggaran dalam memegang saham majoriti dan dikurangkan melabur dalam pasaran saham terbuka,” katanya.-utaranews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *