Lana Nordin Pertahankan ‘Tatoo’ Di Tangan Suami

Untuk orang bukan beragama Islam memiliki tatu di mana-mana bahagian badan mereka adalah sesuatu perkara yang tidak salah dari segi agama mereka dan ia juga tidak menjadi sebarang masalah.

Tetapi, bagaimanapula jika mereka itu memeluk agama Islam? Adakah mereka perlu buang tatu itu? Kak Lala pasti itu adalah persoalan yang bermain difikiran segelintir orang Islam mengenai mualaf yang bertatu.

Sehinggakan ada yang memilih untuk bersikap negatif terhadap mualaf yang memiliki tatu dibadan mereka seperti yang dialami oleh suami pelakon Lana Nordin iaitu David atau nama Islamnya, Mohd Daud McKienzie.

 

Menurut pengetahuan kak Lala, David telah memeluk agama Islam pada tahun 2015 iaitu sebelum dia berkahwin dengan Lana lagi, jadi, adalah normal untuk David memiliki tatu sebelum itu.

Tetapi, masih ada juga netizen yang pada kak Lala kurang berpengetahuan mempertikaikan kewujudan tatu dibadan suami Lann menyebabkan Lana tidak membiarkan perkara itu begitu sahaja tetapi tampil membidas komen netizen itu.

Haaa, siapa sahaja yang tidak akan berasa marah bila lain yang mereka hendak kongsikan, lain pula perkara yang menjadi bahan pertengkaran di ruangan komen. Lagi pula, sebagai isteri sudah tentu Lana akan mempertahankan suaminya.

Tambahan pula, tiada apa yang salah pun pada tatu itu sebab ia dibuat sebelum David masuk Islam jadi tidak perlu jadi makcik bawang perbesarkan isu itu. Tenang-tenang jee, ada betul juga kata Lana, adalah lebih baik berasa pelik pada orang Islam yang membuat tatu.

Betul itu, kak Lala pun perasan perkara itu kadang sampai tertanya-tanya Islam ke dia tapi badan bertatu. Yang pastinya itu memang dah terang-terang berdosa jika hendak dibandingkan dengan tatu David itu. Namun, disaat orang lain sibuk bergaduh pasal tatu David, kak Lala lebih tertarik lihat David ajar Gia warna dalam video itu. Comel betul.

-kaklala/utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *