Lelaki Dari Malaysia Berjaya Kalahkan 91 Peserta Di ‘Idol Producer 2018’

Tidak dinafikan pengaruh Kpop adalah yang paling berkuasa sekarang ini sehinggakan hampir seluruh orang di mana sekali pun akan mengatakan yang mereka meminati bintang Kpop tidak kira idol mahupun pelakon mereka.

Malah, disebabkan oleh pengaruh Kpop yang tersangat kuat itu jugalah timbul pelbagai rancangan yang diambil berinspirasikan daripada rancangan Korea Selatan seperti yang dilakukan oleh China.

Dengan menghasilkan program realiti bertajuk ‘Idol Producer 2018’ inspirasi daripada program ‘Produce 101’ Korea Selatan yang dibuat untuk mencari kumpulan idol terbaik daripada 100 pelatih yang dihantar daripada pelbagai agnesi.

Untuk ‘Idol Producer 2018’ ini mereka akan melatih 100 orang peserta yang diambil daripada 31 syarikat hiburan di China dan negara lain selama empat bulan dan dari 100 peserta itu, 9 orang yang berjaya bertahan akan dipilih untuk menganggotai kumpulan bernama ‘Nine Percent’.

Ala, jika anda pernah tonton ia memang sama seperti rancangan ‘Produce 101’ Kpop itu. Malah, mereka bukan hanya meniru konsep tetapi peserta turut akan membuat gaya sama seperti penyanyi Kpop walaupun mereka menyanyikan lagu dalam Bahasa Mandarin. Hmm~

Namun, bukan itu yang kak Lala hendak sampaikan, sebenarnya kak Lala hendak cakap ini yang jangan sangka dekat Malaysia tiada oppa tau sebabnya menurut laporan, pemenang program realiti itu sebenarnya berasal daripada Malaysia.

Peserta bernama You Zhang Jing yang baru berusia 24 tahun itu baru-baru ini secara rasminya telah diumumkan akan menyertai lapan lagi peserta lain iaitu August Cai, Adam Fan, Justin, Evan Lin, Zhu Zheng-ting, Wang Ziyi dan Wang Lin-kai menjadi anggota ‘Nine Percent’.

Wah, bukan biasa-biasa You Zhang Jing ini kerana dia bukan sahaja telah berjaya mengalahkan 91 peserta lain tetapi turut sentiasa dipuji kerana vokalnya yang sangat padu. Wah, siapa kata orang Malaysia tidak hebat, berbakat dan cute seperti Kpop. You Zhang Jing  yang lahir di Batu Pahat, Johor ada kesemua itu.

Yang pastinya pencapaian  itu ternyata adalah satu perkara yang sangat membanggakan oleh itu, tahniah daripada kami. –kaklala/utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *