Lembu di Kelantan dengar bacaan Quran untuk daging lebih lembut

Negeri Kelantan mempunyai hampir lebih 19,000 penternak lembu dan masing-masing mahir dalam menguruskan binatang ternakan mereka. Sehubungan itu, kerajaan Kelantan sedang merangka pelan untuk menjadikan negeri itu sebagai pengeluar lembu yang berkualiti setaraf daging ‘kobe’.

Daing lembu ‘kobe’ berasal dari Jepun ini cukup terkenal kerana mahal dan dagingnya lembu. Pengusaha lembu Jepun menggunakan kaedah memberi minum bir dan urutan dalam memperolehi daging lembu yang lembut dan berkualiti.

Bagaimanapun, kerajaan Kelantan pula bercadang untuk memperdengarkan lembu dengan bacaan al-Quran dengan harapan daging lembu akan menjadi lembut dan bermutu tinggi.

Mengulas lanjut, Exco Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Teknologi Hijau, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata akan membuat penyelidikan kerana kebanyakkan lembu-lembu yang dipelihara penternak adalah jinak.

“Melalui program Naim Beef, kita rangka pelan, buat penyelidikan kerana lembu di sini lebih jinak kerana diantara ciri ciri untuk daging hebat lembu ini kena rilek jinak jadi program naim beef ini merupakan program penyusunan sistem petani mengikut sistem dirancang ke arah mengeluarkan daging yang baik” katanya.

Selain itu, Che Abdullah berkata Kelantan juga adalah negeri kedua tertinggi yang mengeksport lembu ke luar serta negeri pertama yang mengeksport lembu sado dari baka Cherolee yang bernilai tinggi.

Lembu baka Cherolee yang diternak di Kelantan juga dikatakan lebih jinak berbanding jika berada di luar Kelantan kerana bersifat liar.

Difahamkan, harga lembu sado ini dapat dijual antara RM12,000 hingga RM15,000 seeekor kerana diimport dan dibawa masuk dari benua Eropah. –utaranews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *