Mahafiraun kini mengepalai Pakatan untuk hancurkan negara

Perjuangan pembangkang sudah tersimpang jauh dari landasan sebenar apabila mengangkat individu yang sebelum ini mereka menganggap sebagai penyamun dan perompak harta negara, kata Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shahrin.

Walaupun tidak menyebut nama individu berkenaan, ia jelas dan dipercayai merujuk kepada Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia dan Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini menerajui perjuangan pembangkang tambahan pula beliau juga diangkat sebagai calon Perdana Menteri Pakatan Harapan.

““Saya tidak pernah berubah dan berganjak daripada pendirian dan perjuangan, yang berubah adalah kamu (pembangkang).

“Hari ini kamu mengangkat dan menjulang seorang pemimpin yang dahulunya kamu kata sebagai seorang penyamun dan perompak harta negara serta perasuah.

“Jadi, hari ini bermakna kamu menyokong individu berkenaan,” kata beliau yang lebih dikenali sebagai Chegu Bard.

Beliau berkata demikian semasa program sembang santai anjuran Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS) yang disiarkan secara langsung di Facebook, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Badrul juga berkata, semasa masih dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR), beliau ‘ditanam’ dengan kezaliman yang dilakukan oleh Mahathir.

“Kemuncak kejahatan negara apabila ada seorang mahazalim mahafiraun menyamun, merompak negara, bukan sekadar zalim tapi cuba membunuh (Datuk Seri) Anwar Ibrahim dalam penjara,” tambah beliau.

Justeru, memenangkan Pakatan Harapan dalam pilihan raya umum akan datang yang disifatkan sebagai ibu segala pilihan raya, bermakna menyokong dan menghalalkan segala perbuatan menyamun, merompak dan rasuah yang dibuat oleh pemimpin utama gabungan pembangkang itu. –Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *