Mahathir hanya mahu jatuhkan Najib, bukannya mahu selamatkan negara

Perjuangan bekas perdana menteri yang kini Pengerusi Parti Pribumi Bersatu (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad sebenarnya hanya mahu menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, bukannya mahu menyelamatkan negara, kata bekas Naib Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Mohd Nor Hashim Che Min.

Tidak menghairankanlah bila Mahathir sering melemparkan pelbagai dakwaan tidak berasas dan fitnah terhadap kerajaan di bawah kepimpinan Najib. Tindakan beliau itu hanya mahu menghasut rakyat supaya menolak pemimpin negara itu dan kerajaan sedia ada.

Mohd Nor Hashim berkata, bagi mencapai matlamatnya itu bekas perdana menteri keempat itu sanggup bergabung dengan DAP yang dahulunya digelarnya rasis, Parti Amanah Negara (PAN) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang diwujudkan kerana penganiayaan yang dilakukan Mahathir terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Semua orang masih ingat PKR diwujudkan kerana penganiayaan yang dilakukan Dr Mahathir terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim dengan tuduhan liwat.

“Hari ini bekas perdana menteri terbabit bersama pula dengan PKR yang diwujudkan sebelum ini kerana semata-mata penganiayaannya terhadap Anwar,” katanya.

Beliau berkata demikian pada ceramah di Dun Wakaf Bharu, baru-baru ini.

Mac lalu, bekas Naib Ketua Bahagian PPBM itu bersama 33 lagi bekas Armada dan Srikandi PPBM Kota Bharu menyertai parti PAS beramai-ramai.

Mohd Nor Hashim juga berkata, tindak tanduk Mahathir yang kini juga Pengerusi Pakatan Harapan banyak memecah belah orang Melayu sehingga wujudnya parti lain seperti PKR yang diterajui Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Sebelum ini, Mahathir yang menjadi punca Anwar masuk penjara dan juga tertubuhnya PKR, tapi sekarang bekas perdana menteri itu tidak tahu malu apabila mahu bertanding di atas tiket PKR sebab mahu orang sokongnya demi kepentingan peribadi politik dan anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir. –Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *