Makan Paku Pakis boleh sebabkan Kanser adalah palsu!

Tumbuhan paku pakis antara yang terkenal di Malaysia. Ia juga boleh dimakan sebagai sayuran oleh masyarakat Malaysia. Malah, tumbuhan paku pakis ini juga dikatakan mempunyai khasiat khusus untuk kesihatan.

Tetapi, tular di media sosial satu video mengatakan paku pakis ini sebenarnya tidak selamat untuk dimakan dan boleh menyebabkan kanser.

Namun begitu, dakwaan paku pakis itu tidak selamat dimakan sebenarnya adalah palsu. Pakar tumbuh-tumbuhan dan sains Prof Datuk Mohamed Abdul Majid telah tampil menafikan dakwaan terbabit.

Beliau berkata, tumbuhan paku pakis yang sering dijadikan sebagai ulam-ulaman di Malaysia ini adalah selamat dan juga kaya dengan pelbagai nutrisi.

Prof Mohamed berkata, tumbuhan paku pakis yang dikatakan bahaya untuk dimakan kerana boleh menyebabkan kanser bukanlah paku pakis yang dimakan di Malaysia sebaliknya tumbuhan ‘braken fern’.

Braken Fern yang tidak boleh dimakan

Mengikut maklumat, tumbuhan paku pakis ini mempunyai pelbagai jenis spesis. Ada antara spesis paku pakis yang boleh dimakan dan ada juga yang tidak boleh dimakan.

Kira-kira 1,165 spesis paku pakis yang ada, 50 daripadanya digunakan sama ada sebagai makanan atau ubat, hanya 5 jenis daripadanya sering dimakan oleh orang kita temasuklah paku uban, paku tunjuk langit, and paku piai. –utaranews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *