MEF dedah 4 sikap graduan yang jadi punca susah dapat kerja

Pengangguran di kalangan graduan di negara ini dilihat semakin meningkat, Tetapi, sebenarnya terdapat banyak  peluang pekerjaan yang dibuka dalam pelbagai industri. Mengapa masih ramai graduan yang menganggur?

Malah, pihak kerajaan juga telah menyediakan jumlah pekerjaan yang banyak kepada graduan dan rakyat Malaysia. Namun, isu pengangguran dalam kalangan graduan tetap masih lagi wujud.

Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) Datuk Shamsuddin Bardan menjelaskan terdapat 4 sikap graduan sendiri yang menyebabkan mereka sukar untuk mendapat pekerjaan.

Pertama, beliau berkata ramai graduan yang bersikap negatif apabila menerima pekerjaan yang bukan pilihan mereka. Walaupun pihak kerajaan telah menyediakan pelbagai peluang pekerjaan tetapi jika graduan itu sendiri tidak suka dengan kerja ditawarkan pasti menyebabkan berlakunya pengangguran.

Kedua, terdapat antara graduan yang meminta dibayar gaji tinggi untuk lakukan kerja yang mudah dan langsung tidak mahu bermula dari bawah untuk mencari pengalaman.

“Contohnya, mereka menuntut gaji yang tinggi untuk kerja mudah dan tidak mahu bekerja keras dan mula dari peringkat bawah untuk memperoleh pengalaman, itu bermakna mereka memilih, “katanya.

Ketiga, disebabkan graduan memiliki degree mereka kebanyakkan hanya fokus kepada pekerjaan kolar putih sahaja dan tidak mahu melakukan kerja berat.

Keempat, buktinya sehingga kini terdapat hampir 400,000 graduan yang masih menganggur di Malaysia. Bagaimanapun, kerajaan tetap berusaha untuk membantu mengatasi masalah pengangguran ini dengan mendapatkan graduan peluang pekerjaan dalam sektor yang bersesuaian. –utaranews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *