Mufti Perak gesa Pemimpin PAN bertaubat

Sebagai umat Islam harus menjaga adab percakapannya dan mematuhi adab dalam Islam, serta tidak mempunyai hak untuk membayangkan dirinya sebagai Tuhan.

Baru-baru ini, kenyataan Anggota Parlimen Sepang, Hanipa Maidin ketika perbahasan di Dewan Rakyat pada Khamis lalu dengan ungkapan “jika saya tuhan, saya akan lakukan…” telah mendapat kecaman pelbagai pihak termasuk daripada mufti-mufti.

Mengulas kenyataan “kalau saya Tuhan” yang diucapkan oleh pemimpin Parti Amanah Negara (PAN) itu yang hangat diperkatakan ketika ini, Mufti Perak, Tan Sri Dato’ Seri Haji Harussani Haji Zakaria berkata sesiapa saja yang membayangkan beliau boleh menjadi Tuhan merupakan orang yang bodoh.

Beliau berkata, anggota Parlimen terbabit tidak patut berkata demikian dan perlu segera bertaubat kerana kenyataannya itu merupakan sesuatu yang berbentuk syirik dan mewajibkannya bertaubat.

“Kenyataan itu merosakkan aqidah, maknanya dia sudah menyamakan taraf Tuhan dengan dia, dia pun boleh jadi Tuhan.

“Maknanya Allah itu dilantik menjadi Tuhan, kalau tidak dia pun boleh, begitulah maknanya.”

“Jadi perbuatan itu adalah perbuatan syirik kepada Allah S.W.T., dia wajib bertaubat dan mengucap dua kalimah syahadah,” tegas beliau.

Beliau berkata, seseorang manusia tidak boleh berfikir untuk menjadi Tuhan, sedangkan hakikatnya mereka adalah makhluk ciptaan Tuhan.

Kata Mufti Perak itu, manusia adalah makhluk ciptaan Allah yang mustahil boleh diangkat menjadi Tuhan, maka tidak ada istilah “kalau” untuk seorang manusia menjadi Tuhan.

“Makna itu sesuatu yang orang cakap “orang yang bodoh”, dia mana boleh kalaukan menjadi Tuhan.

“Tuhan tidak akan ada sama dengan manusia ini, tidak boleh jadi “kalau” dia tu, dia makhluk Allah, Tuhan jadikan dia, macam mana dia hendak naik ke atas sampai jadi Tuhan?” katanya.

Harussani juga berkata, individu yang sanggup mengeluarkan kenyataan sedemikian sebenarnya tidak ada kelayakan untuk menjadi pemimpin.

“Ini satu ucapan yang bodoh, itu sahaja boleh jadi pertimbangan bahawa orang yang bodoh macam ini tidak boleh dilantik menjadi pemimpin kerana bodoh. –Utaranews.com

One thought on “Mufti Perak gesa Pemimpin PAN bertaubat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *