Muzium Hantu P.Pinang janjikan pengalaman menarik kepada pengunjung

Apabila bercerita tentang kisah misteri atau hantu kebanyakkan orang mempunyai kisah seram tersendiri. Hantu dalam cerita masyarakat Malaysia mempunyai pelbagai jenis rupa dan bentuk.

Tetapi, ada juga antara individu yang tidak pernah berjumpa atau terserempak dengan hantu. Tetapi, kalau sudah rasa teingin sangat mahu berjumpa hantu anda bolehlah berkunjung di Cool Ghost Museum yang terletak di George Town, Pulau Pinang.

Pelbagai jenis hantu yang anda akan jumpa dan dikatakan terdapat 30 jenis patung hantu terdapat dalam Cool Ghost Museum. Bukan sahaja dapat mengetahui tentang nama dan rupa bentuk hantu tetapi juga dapat mengetahui tentang sejarah hantu terbabit.

Seorang staf muzium itu, Ellis Elisa, 18, berkata muzium hantu itu adalah yang pertama dilaksanakan di Malaysia.

“Selain kenal jenis-jenis hantu, di dinding juga ada maklumat mengenai mitos dan sejarah hantu tersebut. Jadi pengunjung boleh menambah pengetahuan mereka.

“Di sini kita ada pamerkan patung hantu pontianak, pocong, toyol, drakula, orang minyak dan macam-macam lagi,” katanya

Selain dapat bergambar dengan pelbagai jenis hantu, pengunjung juga dapat menjadi hantu dengan mengenakan kostum hantu yang telah disediakan. Untuk menambahkan lagi mood seram, muzium itu membina perigi atau rumah hantu yang hampir sama seperti ada dalam filem seram.

Pengunjung yang berani boleh berjalan secara bersendirian dalam muzium terbabit atau memilih untuk ditemani dengan staf. Harga tiket masuk ke muzium ini juga dijual pada RM8 untuk kanak-kanak, dewasa RM18 dan pelajar RM10. –utaranews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *