Nabil Tak Berani ‘Menggatal’ Kerana Isteri Garang

Isu poligami pernah menjadi satu fenomena panas di Malaysia beberapa bulan lepas, sehinggakan ramai artis tidak kira wanita mahupun lelaki tampil memberikan pandangan mereka mengenai perkara itu.

Sejujurnya poligami itu tidak salah tetapi ia merupakan satu mimpi ngeri yang semua wanita dalam dunia ini tidak mahu lalui dan akan membangkang habis-habisan perkara itu dari berlaku dalam rumah tangga mereka.

Meskipun ada sesetengah lelaki suka akan poligami itu tetapi terdapat juga lelaki tidak memikirkan langsung mengenai perkara itu meskipun usia perkahwinan mereka telah lama sebagai contoh seperti pengacara dan pelawak terkenal, Nabil Ahmad.

Dalam tempoh tujuh tahun usia perkahwinannya itu, Nabil mengakui yang dia tidak pernah sekalipun terfikir untuk menduakan isterinya, Nazirah Ayub atau Zira kerana sedar bukan susah untuk mengawal dua orang isteri.

Tambahan pula, isterinya itu garang semacam jadi lagilah dia tidak terfikir untuk berkahwin lain. Malah, dirinya juga tidak cukup berkemampuan untuk menjalankan tanggungjawab berat yang perlu digalas jika mengamalkan poligami.

Tapi, bagi Nabil memiliki Zira sebagai satu-satunya isterinya sudah mencukupi kerana kehadiran Zira telah membuatkan hidupnya berasa lengkap. Aww, terharunya kak Lala, bukan senang untuk dapat suami yang berfikiran seperti Nabil sekarang ini.

Jika anda pun mungkin segelintir sahaja, selebihnya seronok apabila bercerita mengenai poligami walaupun diri sendiri tidak berkemampuan. Jangan main-main poligami ini bukan sekadar tambah isteri sahaja, tapi besar tanggungjawabnya.

Apa yang kak Lala boleh katakan beruntung Zira dapat suami seperti Nabil, oleh itu kak Lala mendoakan semoga rumah tangga Nabil dengan Zira sentiasa diberikan kebahagiaan dan berkekalan sehingga ke Jannah.

Wanita lain diluar sana yang kalau tidak mahu dimadukan itu mungkin boleh cuba jadi garang seperti Zira, mana tahu boleh tutup keinginan suami untuk kahwin lain.Hmm –kaklala/utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *