Neelofa Buat Pencerahan Hubungan Dengan Fazura

Ramai sudah sedia maklum yang hubungan diantara Neelofa dan juga Fazura agak kurang baik dengan menyangkakan ia adalah berpunca daripada Fattah Amin tetapi yang sebenarnya hubungan dingin diantara Neelofa dan Fazura telah bermula sejak sekian lama lagi.

Meksipun punca sebenar mengapa hubungan dua pelakon itu bertukar dingin selepas berlakon bersama dalam drama ‘Tahajjud Cinta’ pada tahun 2011 tidak diketahui tetapi hubungan dingin itu telah berterusan sehingga ke hari ini.

Disebabkan oleh ‘kedinginan’ itu, ada pihak mendakwa video yang dibuat oleh Neelofa di ‘instastory’-nya baru-baru ini adalah untuk memerli Fazura. Namun, kebenarannya bukan seperti itu, kerana menurut tuan empunya badan video itu tidak ditujukan kepada sesiapa.

Sebaliknya, orang di media sosial yang ‘over’ menilai video itu tanpa mengetahui perbualan sebenar sebelum video itu sedangkan dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan sesiapa dalam industri kerana ia kecil macam mana sekali pun pasti akan berjumpa.

Mungkin sebab video itu seperti berkaitan jadi netizen rasakan Neelofa buat itu untuk perli Fazura, jika tujuan video itu bukan seperti itu jadi Neelofa bukanlah seperti yang netizen perkatakan di media sosial. Lega kak Lala dengar itu, sebab itu hanya akan merosakkan imej baik Neelofa sahaja.

Oleh itu, Neelofa tidak kisah jika Fazura enggan berkawan dengannya tetapi dia tidak mahu mereka mempunyai masalah diantara satu sama lain.  Ada benarnya itu, industri seni di Malaysia ini kecil sahaja, mengelak macam mana pun pasti akan bertemu juga.

Walaupun tidak menjadi kawan baik, tapi kak Lala harap apa juga persengketaan diantara Neelofa dan juga Fazura dapat diselesaikan dengan cara yang baik. Tak bagus bergaduh lama-lama ini. –kaklala/utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *