Norman Hakim Raikan Hari Lahir Isteri Dan Anak Bersama Pelajar Tahfiz

Beberapa hari lepas pelakon ‘Gerak Khas’, Norman Hakim telah mengadakan majlis sambutan hari lahir isteri dan juga anaknya bersama majlis bacaan doa selamat bersama program My Family #QuranHour di kediamannya di Selangor.

Menerusi beberapa keping gambar yang dikongsi oleh Norman di Instagram-nya, jelas kelihatan kegembiraan diwajah mereka sekeluarga sewaktu sambutan ulang tahun isterinya, Memey Suhaiza dan anak lelakinya yang memasuki usia tiga tahun iaitu Muhammad Dirkhirz Hakim.

Sementara disebelah malam pula, Norman mengadakan majlis bacaan doa selamat berserta program My Family #QuranHour dengan dihadiri oleh ahli keluarganya serta pelajar Madrasah Tahfiz Darul Hidayah.

Bagi yang tidak mengetahui, program #QuranHour sebelum ini hanya diadakan di institusi pengajian tinggi awam dan Rumah Ngaji sahaja, namun kali ini, ia pertama kali diadakan di kediaman pelakon ‘Dia Bidadariku’ itu selaku duta program #QuranHour itu.

Secara peribadinya, kak Lala suka betul tengok kehidupan keluarga Norman Hakim dan juga Memey Suhaiza kerana merasakan mereka adalah keluarga yang perlu dicontohi oleh semua orang. Apa pun, kak Lala mendoakan semoga keluarga Norman sentiasa di dalam rahmat Allah SWT. –kaklala/utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *