Pakatan mahu rakyat Malaysia jadi pemfitnah dan penyebar berita palsu

Tindakan pembangkang yang mengkritik keputusan Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang Anti Berita Tidak Benar seolah-olah mahu rakyat Malaysia menjadi pemfitnah dan penyebar berita palsu.

Tujuan Rang Undang-Undang berkenaan diperkenalkan bagi menangani penularan pelbagai berita palsu sama ada melibattkan pentadbiran, sosial dan sebagainya, namun pembangkang pula sengaja tidak mahu faham dan terus mengkritik Rang Undang-Undang itu.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, tidak patut usaha kerajaan ini dipolitikan, sepatutnya semua pihak memberi sokongan langkah baik kerajaan ini yang dalam usaha untuk melindungi semua pihak.

Beliau berkata, dengan Rang Undang-Undang ini boleh mendidik masyarakat agar lebih bertanggungjawab dalam menerima dan meneliti sebelum menyebarkan apa-apa berita yang tidak ada kesahihannya.

“Tapi sikap pembangkang ni lain macam sikit, bila kita nak didik masyarakat benda yang elok, mereka pula nak menongkah arus,” kata beliau.

Beliau juga menyelar pihak yang menuduh kerajaan sengaja membentangkan Rang Undang-undang Anti Berita Tidak Benar menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) kerana mahu cari kemenangan.

Nur Jazlan yang juga Ahli Parlimen Pulai berkata, tuduhan seperti itu juga merupakan bentuk berita tidak benar.

Beliau berkata, tujuan Rang Undang-Undang berkenaan diperkenalkan adalah untuk menangani apa-apa jenis berita tidak benar sama ada yang dilemparkan kepada kerajaan mahupun pembangkang agar ia tidak menimbulkan tanggapan negatif rakyat terhadap pihak yang dituduh.

“Akta itu bukan untuk melindungi kerajaan saja, tetapi undang-undang yang digubal adalah untuk melindungi semua pihak tak kira pembangkang, rakyat mahupun negara kita sendiri.

“Bila wujudnya akta berkenaan dalam era digital ini, sebarang penyebaran berita tidak benar yang boleh menggugat kestabilan negara dan keharmonian masyarakat dapat dibendung,” katanya.

Tambah beliau, sudah sampai waktunya Malaysia perlu ada satu akta khusus untuk mengekang jenayah siber seumpama ini sebelum ia menjadi lebih teruk yang boleh mengugat ketenteraman dan keharmonian negara serta rakyat. –Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *