Panduan ringkas kepada individu pertama kali mengundi pada tahun ini

Bahang Pilihan raya Umum ke-14 (PRU14) sudah semakin terasa buat kebanyakkan masyarakat Malaysia. Dalam menghadapi bahang PRU14 terbabit terdapat antara pengundi yang telah menjadi pengundi buat kali pertama.

Jadi terdapat beberapa langkah yang perlu dilakukan oleh pengundi terutamanya pengundi kali pertama semasa membuang undi nanti.

Pertama, periksa lokasi mengundi. Sebagai pengundi anda perlu mengetahui lokasi tempat mengundi masing-masing. Langkah ini mudah dan pengundi hanya perlu melayari laman web Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia.

Pengundi juga digalakkan untuk hadir awal ke pusat pengudian dan beratur dengan tertib dan masuk sekiranya dibenarkan pegawai polis yang mengawal pintu. Waktu mengundi selalunya bermula dari jam 8 pagi hingga 5 petang.

Kedua, serahkan kad pengenalan diri. Apabila pengundi telah dibenarkan masuk oleh pegawai polis yang mengawal pintu pengundi perlu menyerahkan MyKad dan slip semakan kepada Kerani Pengundian pertama. Kemudian tunjukkan tangan untuk pemeriksaan untuk pastkan tiada sebarang calitan dakwat kekal pada jari.

Langkah ketiga, calit dakwat kekal. Pengundi perlu menuju ke Kerani Pengundian Kedua dan meletakkan jari di atas pad dakwat yang disediakan. Kakitangan SPR akan membuat calitan pada jari telunjuk dengan menggunakan dakwat kekal dan setelah selasai pengundi perlu menunggu sebenar sebelum nama dipanggil.

Keempat, dapatkan kertas undi. Selepas jari sudah ditandakan dakwat kekal dan Kerani Pengundian Pertama akan membuat tanda pada nombor dan nama dalam buku daftar pemilih. Seterusnya, pengundi perlu mendapatkan kertas undi daripada Kerani Pengundian Ketiga.

Langkah terakhir, tanda dengan simbol betul. Proses ini dalah proses penting dalam mengundi. Pengundi perlu bawa undi ke petak undi, baca dengan teliti serta kenal pasti calon pilihan.

Tandakan ‘X’ pada ruangan calon pilihan dan jangan sesekali tanda simbol lain selain ‘X’. Perkara paling penting adalah hanya perlu pilih satu calon sahaja. Apabila sudah selesai memilih, pengundi perlu masukkan kertas undi di dalam peti undi masing-masing iaitu untuk Dewan Undangan Negeri dan Parlimen.

Segala proses mengundi telah selesai dan pengundi boleh segera pulang dan tidak digalakkan untuk berbual dengan pengundi lain untuk melancarkan proses pengundian dan tidak mengganggu pengundi lain. –utaranews

One thought on “Panduan ringkas kepada individu pertama kali mengundi pada tahun ini

  • 04/04/2018 at 5:32 pm
    Permalink

    Diam lah .
    Kau pikir aku kanguk unta mcm nenek keriput bongok kau ke ?
    Aku tau la panduan mngundi .
    Bak kata aiman cucu ani – “kampang babi kau ni . Sape nama bapak aku , sial “

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *