Parti Mahathir terbubar sebelum Najib bubarkan Parlimen

Dulu masa Mahathir dalam UMNO, parti tersebut dibubarkan oleh ROS disebabkan pergolakan dalaman yang membabitkan perebutan kuasa. Sekarang ini didalam Parti Bunga, Mahathir turut menerima nasib yang sama.

Siapa nak disalahkan bila parti Bunga diharamkan? Kalau ditanya pada Mahathir dan gerombolan pemujanya, dah tentu Najib dan ROS yang jadi mangsa tohmahan. Alasannya, Najib kononnya takut dengan ‘kekuatan’ parti Mahathir.

Tapi rakyat bukannya buta macam bekas-bekas penganut parti Bunga. Rakyat tahu bahawa parti Bunga Raya tersebut diharamkan kerana salahlaku dan juga kesilapan yang dilaporkan oleh ahli-ahli parti itu sendiri. Parti Bunga juga telah gagal mematuhi syarat-syarat dari ROS.

Salah Najib kah jika Mahathir dan Muhyidin gagal mengadakan mesyuarat Agung tahunan yang sepatutnya diadakan pada bulan September 2017? Bukan Najib yang berkuasa didalam parti serpihan UMNO tersebut.

Salah Najib jugakah jika parti kebanggaan Mahathir gagal mengadakan mesyuarat Agung tahunan di peringkat cawangan, bahagian dan negeri serta membentangkan laporan minit mesyuarat agung tersebut kepada ROS? Kenapa tak salahkan Boboi kerana selama ini dia berkokok mengatakan parti Bunga jauh lebih baik dari UMNO?

Selain itu, memang patut parti Bunga ciptaan Mahathir itu diharamkan kerana 257 perwakilan yang hadir didalam mesyuarat Agung tahunan pusat adalah merupakan perwakilan tidak sah! Yang hadir tersebut samaada telah dipecat, keluar dari parti ataupun langsung tidak berdaftar!

Dan jangan lupa juga dengan 426 aduan yang diterima oleh ROS berhubung dengan pelanggaran Perlembagaan parti Bunga yang dibuat oleh ahli-ahli mereka sendiri. Semua ini sudah lebih dari cukup untuk mengharamkan parti yang ditubuhkan semata-mata hanya untuk menjatuhkan kerajaan Islam di Malaysia.

Jadi Mahathir serta Boboi dan Mat sembab boleh lah berkira-kira dari sekarang untuk pakai baju roket di Pilihanraya Umum ke 14 nanti. Itupun jika Kit Siang dan Guan Eng beri keizinan. Jika tidak, elok lah Mahathir main saja dengan cucu dirumah. Buang masa saja buat kerja sia-sia di usia tua. – UtaraNews.com

 

One thought on “Parti Mahathir terbubar sebelum Najib bubarkan Parlimen

  • 05/04/2018 at 9:04 pm
    Permalink

    Udah2x le tu , laki hasmah oi .
    Dduk je la kat umah . Berehat smp di jemput ilahi .
    Meh la kita sma2x kasi sokongan 100% kat leader skang

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *