PAS ditempelak kerana baru tunjuk muka di kawasan Permatang Pauh

Penduduk Uptown Perda menyifatkan PAS Permatang Pauh sebagai muka tidak tahu malu kerana hanya menunjukkan muka mereka di kawasan Permatang Pauh pada ketika Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) semakin hampir.

Difahamkan, parti Islam itu baru-baru ini datang dengan membawa calon parti itu berkempen kepada peniaga-peniaga di kawasan Uptown Perda berkenaan.

Seorang penduduk Uptown Perda yang dikenali sebagai Nasoruddin Shah Mat mendakwa ketika isu Uptown Bandar Perda mahu dipindahkan, beliau berjumpa dengan Yusni Mat Piah yang ketika itu merangkap sebagai Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang.

“Tidak menguntungkan Ana Dan Jamaah”, kandungan SMS bekas Ketua PAS itu kepada Nasoruddin Shah Mat.

“Baru ni terhegeh puak itu mai nak berkempen suruh peniaga undi PAS di Permatang Pauh”, tulis Nasoruddin Shah Mat yang lebih dikenali sebagai Tok Din Perda.

Malah, perkara yang sama turut dikongsikan oleh seorang lagi penduduk Uptown Bandar Perda yang dikenali sebagai Rosly Yusof menerusi status di laman sosial Facebook beliau.

Selain itu, Rosly Yusof yang juga bekas anggota PAS berkata, beliau yakin bahawa kebanyakan peniaga di Uptown Bandar Perda itu bukan penyokong secara buta hati seperti mana penyokong parti Islam itu.

Tambah beliau, semasa peniaga-peniaga Uptown berada dalam kesusahan, pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan UMNO, malahan PSM yang tidak ada kepentingan di Permatang Pauh pun turun bersolidariti bersama dengan para peniaga.

“Masa tu di mana muka pemimpin PAS? Sekoq pun tak nampak kerana takut hilang jawatan kerana ketika itu PAS masih bersama kerajaan Pakatan di Pulau Pinang”, kata Rosly Yusof.

Baru-baru ini, PAS telah mengumumkan calon-calon parti Islam itu yang akan bertanding di kawasan Permatang Pauh untuk PRU-14.

Calon-calon PAS itu akan bertanding di kerusi Parlimen dan tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Permatang Pauh iaitu Penanti, Permatang Pasir dan Seberang Jaya.

Untuk kerusi Parlimen Permatang Pauh, PAS menurunkan Setiausaha Dewan Pemuda PAS, Afnan Hamimi Taib Azamudden sebagai calon parti Islam itu untuk bertanding di kerusi berkenaan.

Bagi DUN Penanti, Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Muhammad Fauzi Yusuf akan bertanding manakala penceramah bebas, Ustaz Mohd Fawwaz Mat Jan pula diletakkan di DUN Permatang Pasir dan Ketua Pemuda PAS Permatang Pauh, Ir Ahmad Rafaei Dato A Rashid di DUN Seberang Jaya.

Pengumuman calon-calon PAS di kawasan berkenaan untuk PRU-14 nanti dibuat oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dalam satu majlis di Kepala Batas, baru-baru ini. –Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *