PAS Nibong Tebal bersedia hadapi PKR di DUN Sungai Acheh

PAS kawasan Nibong Tebal sudah bersiap sedia untuk menghadapi Parti Keadilan Rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Acheh dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang disifatkan sebagai ibu segala pilihan raya bakal berlaku bila-bila masa sahaja.

Menurut, Yang DiPertua PAS Nibong Tebal, Mohamad Ahmad, persiapan yang dilakukan pihaknya adalah memastikan agar setiap Markas parti Islam itu beroperasi setiap malam selepas waktu Isyak, selain pelbagai pengisian akan turut diadakan.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Perasmian Markas UPU Permatang Tok Mahat, baru-baru ini.

Markas PAS berkenaan berhadapan simpang lampu isyarat Hospital Parit Buntar menjadikan ia bersempadan tiga negeri selain Bandar Baharu, Kedah.

Manakala, Pengarah Jabatan Pilihan Raya Dun Sungai Acheh, Nor Zamri Latiff pula berkata, pentingnya kerjasama seluruh jentera parti Islam itu bagi untuk memenangi DUN berkenaan yang kini dimiliki UMNO-Barisan Nasional (BN).

Dalam pada itu, Nor Zamri juga menyeru ahli parti Islam itu menghadirkan diri ke markas-markas berkenaan bagi memeriah dan turut serta mengikuti macam-macam program dirancang.

Pengarah Jabatan Pilihan Raya Dun Sungai Acheh itu juga berkata, ini akan mengeratkan lagi hubungan diantara ahli parti Islam itu dan masyarakat.

UMNO-BN memenangi kerusi Sungai Aceh yang menyaksikan pertandingan tiga penjuru pada PRU 2013 selepas PKR dan PAS meletakkan calon masing-masing. Calon UMNO-BN, Datuk Mahmud Zakaria menang dengan majoriti 808 undi.

Datuk Mahmud Zakaria dari BN berjaya mendapat 6,891. Badrul Hisham Shaharin yang mewakili PKR mendapat undi sebanyak 6,083, manakala Mohd Yusni Mat Piah yang mewakili PAS pula mendapat 690. –Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *