PAS Nibong Tebal mahu dedah pembohongan DAP sembunyi disebalik logo PKR

Baru-baru ini, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang juga merangkap sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang telah mengesahkan bahawa DAP tidak akan menggunakan logo roket, sebaliknya memutuskan untuk menggunakan logo Parti Keadilan Rakyat (PKR) secara bersama dengan Pakatan Harapan dalam pilihan raya umum nanti.

Umum mengetahui, DAP tidak pernah bertanding menggunakan logo lain selain Roket yang dianggap simbol kekuatan parti itu, ini merupakan kali pertama parti itu tidak menggunakan logo roket sejak pertama kali bertanding dalam Pilihan Raya Umum tahun 1969.

Bagaimanapun, PAS Nibong Tebal mahu mendedahkan pembohongan DAP sembunyikan disebalik mahu menggunakan logo parti yang diterajui Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Yang Di Pertua PAS Kawasan Nibong Tebal, Mohamad Ahmad meminta supaya para petugas parti itu perlu lebih kerap turun ke lapangan memberi penerangan dan dakwah kepada penduduk sekitar.

“Masyarakat perlu didedahkan dengan strategi DAP yang bertindak untuk menggunakan lambang PKR sekiranya bertanding di Nibong Tebal,” kata beliau.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran jentera pilihanraya PAS kawasan Nibong Tebal secara serentak bertempat di Pasti Sg. Acheh, baru-baru ini.

Antara yang hadir dalam program itu ialah Hj Abdul Rahman Mahyiddin yang merupakan calon PAS bagi N20 Sg. Acheh pada tahun 1986 dan juga Pengarah JPrD Sg. Acheh, Nor Zamri Latiff.

Sementara itu, Nor Zamri berkata dua kriteria utama yang perlu ada dalam petugas jentera pilihanraya iaitu santapan rohani dan strategi pilihanraya. –Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *