Pengarah Avengers Ada Projek Baru Untuk X-Men

Sejak kemunculan filem ‘The Avengers’ pada tahun 2012 ramai peminat komik Marvel berharap akan ada watak-watak dari X-Men yang akan bergabung dengan rangkaian keluaran Marvel Cinematic Universe itu.

Tetapi, nampaknya harapan itu mungkin tidak akan pernah berlaku kerana pasangan adik beradik yang juga merupakan pengarah filem ‘Avengers: Infinity War’, Joe dan Anthony Russo mempunyai rancangan lain untuk watak itu.

Menurut laporan, sewaktu sedang dalam proses membeli aset 20th Century Fox oleh Disney, duo Russo itu dengan yakinnya mengatakan jika semua itu selesai, lebih banyak watak filem X-Men yang selama ini milik Fox selama boleh mereka gunakan.

Malah, ia mungkin akan lebih banyak jika mereka melakukan sesuatu seperti Secret War yang merupakan salah satu tajuk komik superhero Marvel yang mengabungkan beberapa superhero dan penjahat.

Wow, adakah filem Secret War itu akan menjadi seperti filem Avengers yang mengabungkan ramai superhero dalam satu filem. Namun, ada khabar angin yang mengatakan Secret War itu adalah tajuk untuk filem sekuel ‘Avengers: Infinity War’.

Walaubagaimana pun, itu semua masih tiada pengesahan rasmi daripada pihak produksi. Jadi, kita bersabar sahajalah menanti. –kaklala/utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *