Pengundi India di P.Pinang sudah buat keputusan tolak Pakatan

Pengundi masyarakat India di Pulau Pinang diyakini sudah membuat keputusan akan menolak Pakatan Harapan yang didominasi DAP dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang bakal menjelang bila-bila masa sahaja.

Keyakinan itu dinyatakan oleh Pengerusi Barisan Nasional Nasional (BN) Pulau Pinang, Teng Chang Yeow berdasarkan reaksi balas yang diterima oleh parti itu setakat ini, yang rata-rata masyarakat India di negeri itu sudah bosan dengan lakonan kerajaan DAP sepanjang tempoh 10 tahun mentadbir.

Beliau berkata, rata-rata pengundi masyarakat India telah membuat keputusan siapa yang sebenarnya yang telah berjasa dalam membela dan menjaga nasib masyarakat itu selama ini, bukan hanya di negeri Pulau Mutiara itu sebaliknya di seluruh negara.

“Masyarakat India sebenarnya saya pasti sudah buat keputusan. Memang sehingga penamaan calon, kita tidak pasti kerana apa sahaja boleh terjadi tetapi saya jangka pengundi India tahu siapakah yang banyak membantu mereka selama ini.

“Mereka juga tahu siapakah yang sebenarnya selama ini telah memperjuangkan nasib mereka tidak kira apa juga lapangan. Pada hemat saya, pengundi ini sudah celik dan tahu siapa yang akan di pilih pada Pilihan Raya Umum ke-14 kelak,” kata Chang Yeow dalam satu kenyataan.

Chang Yeow yang juga Ketua GERAKAN Pulau Pinang, berkata begitu juga dengan pengundi masyarakat Melayu yang juga sudah buka mata dan bosan dengan ‘permainan’ oleh kerajaan DAP.

Katanya, beliau dapat jangkakan perubahan dari pengundi kaum ini dalam pilihan raya umum akan datang.

“Mereka tahu kepentingan bumiputera yang juga menjadi laungan Tun Mahathir sebenarnya mungkin retorik semata-mata. Kita dapat jangkakan perubahan dari golongan ini pada PRU depan,” ujarnya.

Dalam pada itu, pemimpin GERAKAN itu, berkata, sepanjang tempoh dua penggal mentadbir, kerajaan DAP dan sekutunya telah melakukan banyak penipuan, janji kosong dan putar beliau dalam banyak perkara.

“Apa perubahan yang telah dibawa oleh DAP selain daripada kemusnahan nyata di negeri ini. Rakyat juga bukan tidak nampak malah ramai juga daripada kebiasaan telah tampil mengkritik termasuk ahli parti itu sendiri.

“Seperti biasa, ramai yang dipecat atau diambil tindakan tertentu. Rakyat biasa pula hanya mampu memandang dan menunjukan kuasa mereka pada PRU nanti. Bayangkan 51 janji tidak tertunai selama 10 tahun memerintah.

“Buat apa janji kosong apabila tahu tidak boleh tunaikannya?

“Mengapa pula bila nak menang Pulau Pinang semua janji boleh dibuat tetapi apabila bab hendak melaksanakannya tukar cerita kononnya perlu pegang kuasa mutlak dari Putrajaya? Mengapa tidak tunaikan apa yang mampu?” tambah beliau. –Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *